Monday, December 26, 2016

Bersendiri. Menyendiri. Sepi.

Assalamualaikum,




Ini aku. Di dalam dunia aku sendiri. Dunia yang tak mungkin orang lain fahami. Jangankan nak tumpang hidup, tumpang bernafas pun belum tentu diizinkan lagi. 


Aku seorang yang suka berfikir. Pantang ada masa sikit, aku akan fikir macam-macam hal. Benda yang boleh membuatkan aku berhenti daripada berfikir adalah, tidur. Aku ni jenis yang banyak masalah. Banyak benda yang mengganggu fikiran aku. Adakalanya, masa aku tengah sibuk bekerja, aku masih boleh berfikir mengenai perkara-perkara lain. Uniknya, aku masih boleh menyiapkan kerja aku dalam masa aku tengah sibuk memikirkan hal keadaan yang mengganggu fikiran aku ketika itu. Ada sesetengah orang, bilamana dia sedang menghadapi masalah, dia tak boleh fokus pada apa yang dia tengah lakukan pada masa itu. Apa yang difikirkannya tu, memberi efek yang negatif kepada dirinya, emosinya dan tingkah lakunya pada masa tu. Terpulang pada individu itu sebenarnya. 

Macam aku, mungkin sejak dulu lagi, terutama masa zaman study kat uitm dulu, aku selalu je ada masalah. Tapi, cara aku overcome masalah aku adalah dengan study. Aku pergi mana hang nak tau masa aku tengah stress? Aku pi library nun. Duduk ceruk library, tempat di mana orang jarang lepak, aku ambil buku nota, aku ambil buku, aku baca. Kadang-kadang, aku pergi library semata-mata untuk tidur. Kat rumah tak boleh tidur, satu bilik dah berapa orang. Hingaq! Aku tak gemar. Aku suka tempat sunyi. Aku suka bersendirian. Masa aku pernah gaduh dengan classmate aku dulu, sebab dia kuajaq dengan aku, aku tak pi mana-mana. Semua orang dok cari aku, depa ingat aku pi lari mana tah. Hang nak tau aku pi mana? Library. Menangis ja. Lawakkan? 

Itulah aku. Macam sekarang ni, masa aku dah besaq panjang ni pun, kalau aku stress, sedih, marah.. Aku tak pi mana. Aku pi opis. Aku duduk, aku on laptop, aku buka file yang ada kerja. Aku cari file, aku buat kerja. Sambil nangis pun, nangis lah depan laptop teresak-esak. Tapi tangan tak dok saja. Menaip Afidavit lagi ni haa. Hujah segala. Nak tergelak pun ada. Ada satu ketika tu (actually, banyak ja ketikanya) aku sedih sangat. Aku datang office, aku start buat kerja. Dari tengahari aku masuk, sampai tengah malam aku tak berhenti. Habis semua kerja aku siapkan. Untuk haritu dan esoknya. Aku tak tau macamana aku boleh buat semua tu. Tapi, dalam masa aku dok buat semua tu, fikiran aku, hanya Allah ja yang tahu apa dalam tu.. Sedihnya, bukan main-main. Tapi, itulah kenyataannya. Lagi aku stress, lagi aku buat kerja. Ianya meredakan segalanya. Secara tak langsung, aku dah dilatih oleh keadaan untuk menjadikan aku tak terikut dengan perasaan. 

Orang pun, kadang-kadang pelik dengan aku. Terutama kawan-kawan belajar dulu. Macamana aku boleh study dalam keadaan aku tengah banyak masalah. Orang lain, kalau putus cinta sikit, gaduh dengan boyfriend sikitpun dah rasa macam nak mati. Satu hapa kerja tak jalan. Assignment pun orang lain tolong siapkan. Kelakar betul bila diingatkan balik. Haihh.. 

Itulah. Lain orang, lain caranya. Aku pun tak sedar sebenarnya aku macamana. Bila orang cerita balik kat aku, baru aku terfikir, ye tak ye jugak. Macam-macam. Tapi, itulah hakikatnya. Aku suka bersendiri. Duduk dalam keadaan bilik yang tak berapa nak terang, malap dengan cahaya lampu yang sedikit. Adakah sebab itu aku rasa sunyi? La~ la~ la~ la~ la... 


Monday, November 28, 2016

Stop.

Assalamualaikum,


I want to stop telling people about my life, my feelings, my sadness or even my happiness. I want to put an end to all these nonsense, for reason that they don't deserve to know anything about me, anymore. 

And I do not want to know anything about them, either. You can say anything as you wish to, but trust me, you know shit about me. So, don't you dare telling me that you know me, you are my friend, you take care of me, bla bla bla. I don't give a damn. Not anymore. Enough is enough. 

Bye. 

sudah-sudahlah.

Assalamualaikum,



Boleh tak, dalam seminit, berhenti berfikir tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya? Boleh tak, jangan keruhkan lagi keadaan dengan memikirkan benda-benda yang entah kan betul, entah kan tidak? Lagi banyak kau fikir, lagi tambah masalah kau, faham? 

Pernah dengar tak, orang kata "overthinking kills your happiness"? Kau dapat rasa, kan? Betul, kan? 

So, kenapa kau nak terus menerus merumitkan keadaan, otak kau dengan perkara-perkara bodoh ni? Kau bukannya macam ni. Kau langsung tak macam ni. Cubalah lari daripada semua tu. Maksud aku, bukan lari dari masalah, tapi lari daripada terus memikirkan benda-benda bodoh tu. 

Sebenarnya kan, banyak lagi perkara lain yang kau boleh fikirkan. Selain daripada benda bodoh tu! 

Thursday, November 17, 2016

Sakit.

Assalamualaikum,


Disaat aku menulis di sini, ketahuilah bahawasanya aku kini telah tidak mampu untuk menampung segala kedukaan yang membenam di jiwa. Ketahuilah bahawasanya aku kini tidak lagi mampu untuk berselindung disebalik senyuman, gelak tawa dan wajah manis di hadapan semua manusia yang ada disekeliling. Juga, ketahuilah bahawasanya aku sudah tidak mampu untuk memendam segala rasa pahit dan sakit yang setelah sekian lama mengguris hati ini..

Telah puas aku cuba untuk melawan segala jenis perasaan itu.. Semua itu tidak baik untuk diri aku. Dan telah puas aku cuba untuk tidak berfikir dan menangis sendirian, sedangkan aku tahu tiada siapa yang peduli. Ya Allah, sekiranya ini dugaan yang harus aku hadapi di dunia ini, aku redha. Aku pasrah.. Aku bersyukur, Ya Allah.. 

Apa lagi yang harus aku lakukan di dunia ini selain daripada bersabar dan bersabar? Sakitnya, lukanya hati aku ini.. Bagaimana hendak aku luahkan perkataan "sabar" itu bilamana diri ini tidak lagi dapat menanggung beban yang banyak? 

Kenapa Ya Allah. Kenapa aku yang Kau pilih untuk hadapi semua ujian ini? Kenapa mesti aku yang Kau pilih? Alangkah bahagianya jika aku dapat bertemu denganMu agar aku dapat tanyakan soalan seperti ini, agar aku tahu sebabnya. Agar aku tahu jawapannya. Agar aku tidak lagi tertanya-tanya. 

Mengapa manusia itu sifatnya sungguh kejam? Mengapa manusia itu tidak punya hati dan perasaan? Mengapa manusia itu zahirnya baik, tapi bukan hatinya? Dan mengapa, aku yang dipilih untuk berhadapan dengan manusia seperti itu? 

Kenapa aku dibiarkan berterusan tanpa adanya halangan untuk aku tidak lagi terikat dengan manusia seperti ini? Hidup seperti ini? Kenapa aku harus menjalani setiap detik dalam keadaan aku yang tidak lagi mampu untuk melakukan apa-apa? Di mana segala kekuatan aku selama ini? Ke mana perginya sifat aku yang dulu.. Kenapa aku membiarkan manusia ini menindas dan mempergunakan aku demi kepentingan peribadi masing-masing?

Sampai bila aku harus menanggung semua ini? Sampai bila, ya Allah? 

Ya Allah, berilah aku petunjuk dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Agar aku dapat keluar dari segala kesakitan ini.. Tiada apa lagi yang aku harapkan di dunia ini, melainkan untuk bebas dari semua ini.. 


Tuesday, September 27, 2016

Friday, August 26, 2016

Tentang Rasa.

Assalamualaikum,


Pagi tadi ada pendengaran di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Pendengaran biasa saja. Lepas selesai tugas pagi tadi, tak tahu nak buat apa. Tengok jam, masih terlalu awal. 10.15 pagi. Perut pun boleh tahan minta makanan. Lepak dulu di kafeteria, makan nasi dagang. Kali ni agak mahal. RM6 sepinggan. Terkejut juga aku sebab selalunya makanan kat kafeteria Mahkamah ni murah-murah je. Macam sebelum ni aku selalu beli nasi campur, macam-macam lauk aku boleh ambil dengan harga RM6. Kali ni, nasi dagang sikit je dah hampir RM10. Takpelah. 

Lepas makan, balik rumah. Tak sedar telefon aku berbunyi masa memandu. Bila tengok handphone, rupa-rupanya mama telefon. Aduh.. Nak call semula, line pula kena barred. Hampa je rasa. Tiba-tiba rasa nak menangis. Haihh.. Sebu je rasa perut ni. Duduk kejap. Tak lama lepas tu, telefon berbunyi lagi sekali. Cepat-cepat aku ambil. Mama. Aku jawab.

"Niiii.. Buat apa tu? Kat mana?"
"Ma.. Kat umah, baru balik dari court. Tadi masa mama telefon yanie tengah drive."
"Oh.. Dah makan ke?"
"Dah ma, makan kat court tadi."

Tiba-tiba mama senyap. 

"Mama ok ke tu..?"
"Mama ok. Tahlah. tiba-tiba rasa nak nangis dengar suara ani.."
"Samalah kita ma. Rasa nak nangis dengar suara mama.."

Dua-dua nangis. Perbualan terhenti. 
Ahh..

"Ok lah. Taknak lah nangis lagi, nanti pening.."
"Ok ma.. Ma jaga diri ya"
'Ma ok je.. Anie pun sama, jaga diri"
"Bye ma.. I love you.. Miss you"
"Iye.."

Kadang-kadang, kita tak perlu pun cerita apa yang terbuku di hati. Aku rasa, mama pun dapat rasa yang anak dia sekarang tengah bersedih. Tapi aku tak pernah nak bercerita apa jua masalah yang aku sedang alami pada mama. Aku tak nak dia sedih, risau.. Masalah dia pun dah cukup banyak. Aku tak sampai hati nak tambah beban di dadanya. Tapi aku tahu, mama pun tahu apa yang sedang aku alami sekarang. Cuma kita tak discuss je. Bila aku balik kampung, aku cuma nak rasa gembira je tengok mama, ayit dan adik-adik aku. Itu pun dah cukup bagi aku. 

Haihh.. Mama, mama. Rindu. Rasa bersalah. Kecewa. Bersabarlah mama. Sikit je lagi. ;'(

Allah.. Bantulah aku untuk kuat.. 

Tuesday, August 23, 2016

Ahh. Peliknya.

Assalamualaikum,







Hidup ni umpama layang-layang. Ada kalanya ia nampak cantik, berwarna-warni, indah dipandang tatkala ia terbang melayang di angkasa. Pabila ditiup angin, ia terbang tinggi, semakin diayun, semakin tinggi ia pergi. Alunan dan gerakan tarinya, ahh.. Cantik sekali..

Namun, ada kalanya, ia nampak suram. Warnanya seakan pudar, coraknya.. Kain layangnya semakin lusuh, carik di sana sini. Ayunannya lemah, makin diayun, makin rendah ia pergi. Lama kelamaan, ia jatuh ke bumi dan tidak bisa naik kembali. 

Hidup ini bukan selamanya. Ada titik noktah. Seperti layang-layang tadi, lama kelamaan, ia akan mati. Tidak bisa diperbaiki. Tidak bisa dihias lagi. Hidup juga ada mati. Tiada yang kekal abadi, melainkan cuma Dia, yang Ilahi. 

Bercakap tentang hidup dan mati, nampak mudah. Nampak seperti tiada apa. Tiada rasa. Aku bisa berbicara, kau juga bisa merasa. Namun, hakikatnya, cuma satu dusta. Jika ada sebiji epal di hadapan kamu sekarang, kupaslah ia. Belah ia menjadi dua. Letak di atas meja. Lihatlah, berapa lama masa yang ada untuk ia bertukar warna. Kemudian, apa yang akan kamu lakukan padanya? Adakah kamu akan makan ia? Ataupun buang ia ke tepi?

Hidup dan mati saling berkaitan. Saling berhubungan. Tidak bisa dipisahkan. Malah, tiada sedikit jarak pun yang sepatutnya wujud di antara keduanya. Kamu tanya diri kamu, apa tujuan kamu hidup? Adakah untuk mati? Yang akhirnya sudah pasti. Tiada yang terkecuali. 

Mudah saja kamu berbicara soal hidup dan mati, sepertinya, kamu sudah mengetahui saat dan ketikanya nanti. Ahhh.. Tidak. Jangan salah sangka. Tidak semestinya. Aku, kamu, dia, malah sesiapa sahaja tidak akan tahu bila akan tiba saat itu. Masing-masing penuh dengan persoalan. Bila, bagaimana, di mana, dengan cara apa.. Dosa? Belum kira campur tolak darab dan bahagi lagi.. 

Pelik, kan? Pelik tapi benar. Hidup, mati, dosa, pahala, syurga, neraka. Aku dan kamu. Aku, kamu dan dia. Aku, kamu, dia dan dia. Aku, kamu, dia dan dia, dan mereka. Aku, kamu, dia dan dia, dan mereka, dan satu dunia. 

Ahhh.. Peliknya. 

Thursday, August 18, 2016

We don't talk anymore..


Assalamualaikum,






We don't talk anymore
Like we used to do
We don't laugh anymore
What was all of it for
Ohh, we don't talk anymore, like we used to do...

Tuesday, August 16, 2016

Messy is SEXY

Assalamualaikum,





Itu meja aku. Tempat study, makan, minum, dan semestinyalah, tempat aku menyiapkan kerja. Aku sekarang sudah tidak punya pejabat, tidak punya majikan, tidak punya gaji, tidak punya uwang.. Eh, ada lah uwang dikit-dikit bangat.. Dah kenapa tiba-tiba bunyi orang seberang nih.. Tahhhhh. Tiba-tiba aja kokkk. hehehh. 

Aku dari dulu memang tak suka kan kekemasan. Aku lebih prefer "keselekehan". Ada ke perkataan tu. Nanti tolong check dalam Kamus Dewan, please. Aku memang jenis yang susah nak ada meja yang kemas sepanjang masa. Sekali aku dah buka file, buku, dokumen. Memang habissss.. Tapi, jangan usik... Sebab aku tahu kat mana benda-benda penting yang aku nak rujuk untuk kerja aku nanti. Kalau dulu masa ada kerja kat office lama, aku rasa, meja aku paling serabut teruk. Penuh fail, kertas, sampah, ishh tak senonoh. Harap muka je comel. Eh. 

Entahlah. Mungkin, meja yang serabut tu mencerminkan hidup aku? Atau cara pakaian aku? Perwatakan aku? Dan segalanya tentang diri aku? Mungkin. Tapi, baru-baru ni, aku dapat tahu yang orang-orang yang meja nya serabut ni, macam meja aku, adalah orang-orang yang pintar (genius). Betul ke? Kihkih. Aku tak cakap. Orang yang cakap. ;)

Haishhh.. Macam tu lah dari dulu. Sesetengah cara dan perangai orang ni, kita tak boleh nak ubah. Kalau dia jenis tak suka kekemasan, tak ada siapa yang boleh kemaskan meja dia, atau tegur cara dia. End up, meja dia akan tetap jadi kusut macam tu. Ada juga jenis yang suka marah-marah, suka cakap kasar, suka tinggi suara dan selalu nak menang dalam setiap perkara. Orang macam ni memang susah nak berurusan. Perangai macam tu dah memang semulajadi tertanam dalam diri dia. Kita cuba ubah macamana sekalipun, akhirnya, kita sendiri yang akan makan hati. Ye lar. Siapa suka orang perangai macam tu, kan? Dan kita pula, dalam masa nak cuba ubah perangai dia, lupa satu perkara. Yang mana, kita sepatutnya tengok balik perangai kita sendiri, sebelum kita rasa nak ubah perangai orang lain. Mungkin, dengan cara itu, kita tak perlu pun nak ubah perangai orang, kita cuba hadapi dan kendalikan orang-orang yang berperangai macam ni. So, bila kita boleh hadapi situasi tegang dengan orang sebegini, kita tahu macam mana nak handle, untuk mengelakkan terjadinya perang dunia ke-18. Juga, dalam masa yang sama, kita pun tak sakitkan hati orang tu. InsyaAllah.

Bye. 



Friday, August 12, 2016

Sayang

Assalamualaikum,





Mama, akak, nana, mira, wawa dan aku.. Masing-masing ada kisah hidup sendiri. Masing-masing punya personaliti dan perwatakan tersendiri. Masing-masing punya identiti tersendiri. Namun, satu perkara yang sama di antara semua, adalah impian. Itu aku pasti. Yakin. InsyaAllah betul. Apa yang diimpikan? Kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan, serta harapan untuk bersama-sama sehingga ke syurga. Biarpun ada ketika dan waktunya, kita saling bertelagah, bergaduh, bertempik di antara satu sama lain. Marah, bengang, benci (tapi rindu), tidak bertegur, malah pernah tidak mengaku saudara. Akan tetapi, semua itu tidak pernah sekalipun terniatkan oleh hati masing-masing. Kasih sayang sesama kita.. Tidak pernah akan terputus, walau apa pun yang terjadi. Walau sebesar mana pun dugaan, onak duri yang menimpa kita semua, aku percaya, kita semua akan bakal ke sana.. Ke mana? Ke syurga.. 

Sayang banyak. 

Wednesday, August 10, 2016

Apalah sangat..

Assalamualaikum,




Adakalanya kita harus berdiam diri daripada terus berbalah sesama sendiri. Kutuk mengutuk, caci mencaci, tengking menengking di antara satu sama lain. Kalau di zaman remaja dulu, bolehlah. Kau tak matang lagi. Kau rasa apa yang kau cakap, kau buat, semuanya betul. Peduli apa dengan perasaan orang sekeliling kau. Tahu darah panas kau je. Itu zaman dulu beb. Kini, kau bukan lagi remaja. 

Kau tak boleh terus duduk di dalam zaman di mana kau nak semua orang dengar cakap kau. Kau rasa kau ketua kumpulan. Kau rasa kau boleh control semua budak-budak kau. Bila salah seorang buat silap, habis kena bantai. Habis kena pulau. Kena kutuk berhari hari. Beb, kau gila ke apa nak bawak perangai hodoh kau tu sekarang? 

Bila kau sedar yang sesetengah orang masih lagi berperangai seperti itu, kau rasa tak guna untuk kau membalas. Rasa macam, ish.. Buang masa betul. Aku ada banyak lagi benda aku nak kena fikir daripada melayan kerenah orang-orang yang masih hidup di bawah tempurung ni. Ya, macam katak. Tahap pemikiran sempit, hanya memenuhi ruang yang ada di dalam tempurung kelapa tu sahaja. Kesian kan?

Jadi, apalah guna kau nak berbalah dengan orang-orang begini? Kau ada alasan kau yang tersendiri untuk tidak bersama atau bersekepala dengan mereka. Kau bukan seperti mereka. Mereka pula, tak hidup seperti kau. Tiada apa yang dapat mereka fikirkan, apa jua di sebalik alasan yang kau berikan. Mereka terlalu taksub dengan pemikiran cetek mereka. Pemikiran lapuk mereka. Sudahlah. Bergaduh pun tak guna. Memang langsung tak guna.

Sukahati lah orang nak buat apa. Nak marah ke, nak mengutuk ke, nak remove dari group ke.. Nak maki ke. Nak putus sahabat ke.. Aku? Macam ni je lar.. Banyak perkara dalam kepala nak kena fikir. Pasal kerja, pasal rumahtangga, pasal keluarga, pasal duit, pasal hutang.. Semua benda lah. Apa lah sangat pasal kawan-kawan buang kau dari hidup mereka. 

Kah! 

Thursday, August 4, 2016

Mungkin.

Assalamualaikum,



Hari ini, menitis lagi airmata aku.. Setelah beberapa minggu aku cuba menahan ia daripada membasahi kelopak mata ni, namun, hari ini ia turun jua. Aku ingatkan, aku dah cukup kuat untuk menahan segala kesedihan yang terbuku di hati ni dan berlagak seperti tiada masalah. Tapi, ternyata, semakin aku pendam, semakin kuat anasir-anasir yang cuba melemahkan aku, dan memaksa aku untuk tunduk dan jatuh tersembam..

Aku berharap, semua ini hanyalah sementara. Aku cuba untuk berfikir akan perkara-perkara yang baik, positif dan menenangkan jiwa. Terbayang wajah-wajah kesayangan di paparan minda, menanti sesuatu yang boleh menggembirakan mereka. Aku teringin untuk sama-sama menikmati saat-saat indah dan bahagia bersama mereka. Terlalu tinggi harapan yang mereka sandarkan pada aku. Terlalu rapuh hati ini untuk menyatakan kegusaran, kerisauan dan kesusahan aku disaat ini. Sayangnya aku pada mereka, lebih daripada nyawaku sendiri. Apa yang aku kerap fikirkan, hanyalah untuk melihat mereka gembira dan bahagia.

Lima tahun aku berusaha keras untuk mencuba untuk berjaya. Apa jua halangan dan rintangan aku hadapi. Selama lima tahun ini, pelbagai dugaan, cabaran dan nikmat yang aku perolehi. Kadang aku merasakan bahawa semua ini sia-sia. Haihhh.. Tak sepatutnya aku rasa macam ni.. Tapi, inilah hakikatnya.. Aku cuba, aku cuba sedaya upaya untuk menangkis segala perasaan yang tak menggembirakan aku. Namun, hati perempuan.. Terlalu sukar untuk ditafsirkan, malah semakin rumit jika diluahkan.

Cuba untuk mencari sesuatu. Mungkin, satu hari nanti.. Akan aku tunggu saat itu.. Takkan aku menyerah. Takkan aku mengalah.. InsyaAllah.. 

PRISMA

Assalamualaikum,




Suka pulak aku main benda ni.. ;) 



Thursday, July 28, 2016

Tapestry

Assalamualaikum..









Walaupun dalam hati ni, tiada siapa yang tahu, kecuali Dia. 




Wednesday, July 20, 2016

Rahsia hati

Assalamualaikum..

Pernah tak, tiba-tiba kau rasa nak menangis. Tapi waktu tu kau berada dalam khalayak ramai, kiri, kanan, depan, belakang ada orang. Kau tunggu. Kau buat macam biasa, tapi kau tak boleh nak simpan air muka sedih kau tu sebab airmata tu sikit je lagi nak jatuh. Nak cari tempat terselindung untuk menangis. Walau sedikit airmata yang keluar pada masa itupun, kau rasa dah cukup untuk kau lepaskan apa yang terbuku di hati. 

Pernah tak, tiba-tiba seseorang menelefon kau. Sometimes, random people. Kau dengar je suara menyebut "Assalamualaikum", "Hello", kau rasa nak menangis. Nak lepaskan kat orang tu. Walaupun orang tu bukanlah sesiapa yang penting dalam hidup kau.

Pernah tak, waktu kau dalam meeting/discussion, tiba-tiba kau rasa nak menangis bila salah seorang yang berada dalam meeting/discussion tu memandang tepat ke arah anak mata kau, walaupun waktu itu kau bukan bercerita tentang perihal rahsia yang terbuku dalam hati?

Pernah tak, waktu kau sedang melayari alam maya, sambil melihat kegembiraan, kebahagiaan orang lain, kejayaan orang lain, tiba-tiba kau rasa nak menangis?

Ya Allah, aku amat perlukan petunjuk dan hidayahMu dalam memandu aku ke arah yang benar. Berikan aku hati yang kuat, jiwa yang kental, mata yang tajam, telinga yang baik, mulut yang hanya berkata-kata tentang perkara kebaikan. Beri aku jalan. Beri aku kekuatan.. Beri aku kepastian.. Rahsiaku ada pada Mu. Kebahagiaanku hanya pada Mu, milik Mu. Hinanya aku, membawa kepada kemurkaan Mu. 

Terlalu banyak rahsia hati yang Kau pegang, Kau simpan bagi pihakku. Kau simpan agar aku tidak merasa keaiban. Agar aku dapat menikmati hari-hariku dengan kebiasaan. Terima kasih Allah. Kerana tanpa Mu, kekuatan ini telah lama mati. Tanpa Mu, jiwa ini telah lama kekosongan, menanti diisi dengan kenikmatan, kebahagiaan dunia. Tunjukilah aku jalan yang lurus. 

Jawapan untuk kata-kata di atas, ada dalam rahsia hati ini. 

Apa masalah?

Assalamualaikum..

Dah Julai rupanya.. Puasa dah lepas, raya dah lepas, berhenti kerja dah lepas. Semuanya berlaku dengan pantas. Pap pap dah nak hujung tahun. Macamana boleh selaju ini? Apa lepas ni? Apa perancangan sekarang? Masa depan?

Tak tahu.

Semuanya masih lagi kabur. Aku masih lagi "struggle" dengan diri sendiri. Perasaan sendiri. Ketakutan tentang masa depan semakin membuatkan aku tertekan. Kadang aku keliru. Tak pasti. Sangsi. Blerghhhh! Semualah. Apa masalah? Semuanya masalah!

Berlawan dengan perasaan sendiri ni bukan sesuatu yang mudah. Siapa menang, siapa kalah? Kalau boleh, semua nak menang. Semua nak dapat apa yang dia perlu dapatkan. Lantaklah dengan sekeliling. Lantaklah dengan akibat dan kesan. Ishhh.. Bodohnya rasa diri ni sekarang..

Terlalu banyak fikir, terlalu banyak harapan.. Terlalu banyak persoalan. Aku cuba selesaikan satu persatu. Hal itu, hal ini. Nak cakap, pada siapa? Manusia? Ahhh. Aku tak percaya pada manusia. Mereka semua adalah satu ancaman. Benarkah? Atau, tiada manusia yang sudi mendengar? Atau, tiada manusia yang kawan dengan kau? 

Geram sampai nangis. Jerit dalam hati sampai bingit. Sakit. Aku benci dengan semua ni.. Hipokrit. Aku lah tu. Kenapa masih senyum kalau hati dah remuk, hancur? Kenapa masih melangkah kalau kaki dah layu? Kenapa masih terima kalau pengakhirannya menyakitkan? Satu je jawapannya. Sebab bodoh. Aku ulang, aku masih lagi "struggle" dengan diri sendiri. 

Dahlah. 

Saturday, May 21, 2016

Lemah.

Assalamualaikum,



Jam sudah menunjukkan pukul 10:09 pagi. Aku baru bangun. Lemah kaki melangkah ke dapur. Bancuh secawan nescafe, kemudian tengok apa yang kawan-kawan update di Facebook dan sebagainya. Setiap hari aku akan lihat perkara yang hampir sama, iaitu mengenai anak-anak. Haihh.. Bosan juga kadang-kadang. Tapi takpa larrr.. Itu hidup mereka, yang aku nak sibuk-sibuk kenapa, kan?

Itu bukanlah apa yang aku nak cakapkan sebenarnya. Semalam, satu hari aku terlantar di rumah. Aku bangun lewat, hampir jam 1 tengahari. Kemudian, dengan kepala yang berpusing-pusing, aku ke dapur. Ku ambil sebakul baju kotor dan ku basuh. Terasa badan semakin lemah. Aku duduk, dalam hati ingin masak lauk ayam masak merah kegemaran adly. Aku rasa seperti nak pengsan. Aku berjalan lemah ke sofa. Aku baring di lantai. Aduh.. Kenapa pula rasa macam ni. Sakit-sakit satu badan. Rasa tidak bermaya. Mengalir air mata kerana merasakan kesakitan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. 

Sehingglah malam. Selepas Adly pulang dari kerja kira-kira jam 12:00 pagi. Risau dia melihat aku.

Dan aku.. Hanya mampu melihat matanya dengan kesedihan.. 

Friday, May 20, 2016

Sekali lagi..

Assalamualaikum,









18.5.2016

Hari ini,

Sekali lagi aku tewas dengan perasaan.

Sekali lagi aku hilang dalam kedamaian.

Sekali lagi aku leka dalam setiap detik indah kenangan.


Sunday, May 15, 2016

Hujan. Dan Aku.

Assalamualaikum,




Hujan. Dan Aku. 

Titisan air hujan yang merembes ke dalam jiwaku.
Memercik laju, deras membaluti tubuhku.
Aku lemas. Tidak bisa bernafas.
Lalu rebah bersama sisa-sisa titisan hujan.

Aku bangun. Sambil ekor mata meliar ke satu arah, satu posisi yang terpencil sepi.
Menjeling ke arah dahan-dahan pokok yang menjalar di sebalik semak samun. 
Bingit. Bunyi hujan kian menderas. Bila mendongak, terasa seperti ditampar hidup-hidup.

Sambil aku berjalan di dalam kegelapan malam, dibaluti hujan dan angin malam yang mencengkam kulit.
Sakit. Ketakutan yang kian mendalam, rakus menembusi kotak fikiran. Mata masih meliar ke arah itu. Bibir kian gementar, cuba menjerit.. Ditelan arus hujan yang mengganas. Disambut petir dan suara halus makhluk-makhluk ganjil di hutan.

Aku terdiam. Hanya mampu memerhati dengan mata yang terbuka, namun sia-sia. 
Kupejam erat mata itu, ku cuba dengar dengan hati. Bukan dengan telinga. Kurangkul tubuhku sendiri. Kuusap rambutku sendiri. Kubuka balutan tangan yang membaluti tubuhku. Perlahan-lahan, aku berjalan, mendekati ke satu arah, satu posisi yang terpencil sepi. 

Aku terus berjalan. Mata hati kian terbuka. Pandanganku kian jelas. Tidak lagi kabur. Hujan yang menderu tidak sedikitpun menggoyahkanku. Petir, guruh yang berdentam dentum, gagal mengheretku ke lembah ketakutan. Langkah dihayun semakin pantas. Laju, dan laju lagi.. Sambil mata terpejam, hati terbuka. Aku sampai di situ. Ya.. Di situ. Dan masih lagi hujan.



Friday, May 13, 2016

Tercari-cari..

Assalamualaikum,








Ada beberapa pembaca misteri blog ini pernah bertanyakan soalan pada aku, "kenapa aku gemar menulis perkara-perkara yang sedih?" "Adakah ianya berkait rapat dengan hidup aku? atau, sekadar penulisan yang dibuat-buat saja?" Well, aku katakan "penulisan" (walaupun perkataan penulisan itu lebih menjurus kepada perkara subjek berbentuk akademik dan/atau seperti novel) kerana.. Suka hati aku lar nak guna perkataan apa pun!

Eh hemm.. Entahlah labuu. Aku buka kepada pelbagai interpretasi, imaginasi dan tanggapan kamu semua. Aku malas nak explain. Sebabnya, aku tak minat nak memberi penerangan mengenai apa yang berkait rapat dengan hidup aku. ataupun tak. Boleh jadi, ianya betul, dan boleh jadi, ianya cuma rekaan semata-mata. Jadi, terpulanglah pada konsep pembacaan kamu semua. Ok?

Hidup ni, biasalah. Macam air laut. Ada pasang, ada surutnya. Kadang-kadang, ia berombak. Bila hari hujan, ombak mengganas. Bila hari cerah, cuaca baik, ombak akan menghempas lembut ke pantai. Begitulah hidup. Terpulang pada diri kita sendiri, bagaimana kita nak uruskan hidup kita. Kalau kita paksa sesuatu perkara bilamana keadaan pada masa itu berombak deras, hujan dan petir, sesuatu perkara itu takkan pernah berhasil. Malah, keadaan akan jadi lebih rumit. Sukar, hingga menyesakkan dada. Bagaimana pula jika kita sendiri tidak pandai untuk menguruskan hidup? Hingga menyebabkan pihak ketiga campur tangan? Orang luar? Orang asing?? Disaster, man. 

Orang yang macam ni, dia adalah sejenis yang tidak pandai untuk membuat keputusan. Dia takut dengan impak kepada keputusan yang dia buat atau bakal buat. Dia lemah, berfikiran negatif hingga menjejaskan kehidupan orang lain. Dia rasa diri dia sering terperangkap dalam satu dunia yang gelap. Kosong dan tidak mempunyai bunyi. Sama seperti fikirannya. Walau apapun yang cuba dilakukannya, sebagai contoh, berlagak seperti dia berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu rancangan, atau bijak dalam mengatur sebuah perlawanan. Namun hakikatnya, dia kosong. 

Dia seperti tercari-cari.. Meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari bunyi atau suara yang boleh dia bergantung harap. Namun, tidak pernah berhasil. Sehingga dia merasakan, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia menyerahkan nasib. Adakah ini takdir hidupnya? Mungkin. Segalanya telah tertulis, kan? 

Apa yang kau tercari-cari, haa?? 


Tuesday, May 10, 2016

Akhirnya...

Assalamualaikum,


Awal bulan 4 haritu, aku tekad nak berhenti kerja di firma aku berkhidmat sekarang. Setelah puas aku berfikir, menimbangkan pelbagai perkara, family, gaji, hutang, masa depan, dan sebagainya, aku nekad untuk menghantar surat peletakan jawatan dan serahkan pada kedua-dua bos aku. Masa tu, aku rasa, inilah jalan yang terbaik yang perlu aku lakukan.. Demi untuk kehidupan yang lebih cerah di masa hadapan.. Eh. Macam biasa dengar je ayat tu?

Sudah pasti pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada bos-bos akan sebab kenapa aku nak resign. Biarlah aku simpan segala rasa yang terpendam demi kebaikan semua pihak. Aku tak ingin keluar dalam keadaan genting, tegang, dan benci menguasai diri.. Biarlah. Walau apapun yang telah terjadi sepanjang karier aku di sini, aku redha. Walau sakit hati. Kita maafkan, tapi kita tak lupa.. Nanti kena lebih berhati-hati di masa hadapan, tentang banyak perkara.. 

So, apa perasaan aku sekarang? 

Honestly, aku blank. Ada kalanya, aku rasa nak stay, ada kalanya, aku rasa nak blah sangat-sangat. Tapi most of the time, memang aku nak blah sangat-sangat. Aku cuma menunggu masa, cuba melakukan kerja dengan sebaiknya sehingga hari terakhir aku di sini. Taknak kompromi. Semua itu hanya kata-kata dan janji-janji palsu semata-mata mahu mengikat. Aku tak mahu lagi terikat dengan apa-apa janji. Semua itu menyusahkan hidup aku. Aku berhak untuk membuat keputusan dan menentukan arah tuju kerjaya aku.

Hati dah tawar. Tak ada rasa apa-apa. Mungkin kesan daripada perlakuan mereka? Hmm.. Kesabaran manusia ada hadnya. Mungkin sebelum ini, aku masih boleh bertolak ansur, lembut hati dan bersabar. Sebab apa? Sebab kesabaran aku masih berada di tahap yang boleh dikatakan rasional dan boleh bertolak ansur. Tapi sekarang, cakaplah apa sahaja, janjilah apa sahaja.. Aku takkan sesekali berpaling daripada keputusan yang telah aku buat. Enough is enough. 

Adakah aku sudah mempunyai perancangan?

Jujur aku katakan, aku tidak memohon mana-mana syarikat pada waktu ini. Adalah beberapa tawaran temuduga yang aku terima, dan kebanyakannya aku tolak kerana kekangan waktu. Aku tidak mempunyai masa untuk menghadiri kesemua temuduga tersebut walaupun bayarannya lumayan. Sebab apa? Sebab aku masih fikir tanggungjawab aku di sini walaupun dianiaya berkali-kali!

Jadi, aku tidak mempunyai apa-apa backup lepas aku berhenti dari sini. Cuma, ada beberapa perancangan tentang beberapa perkara yang aku sendiri masih belum pasti. Entahlah.. Serabut perut. Mana nak fikir pasal duit, mama, kampung, hutang, diri sendiri.. Sighhh.. 

Tapi takpa, aku takkan sekali-kali mengalah dalam hidup. Walaupun aku kerap mengalami depresi, namun aku tetap bangun dan meneruskan hidup aku, kerna apa? Kerna DIA masih izinkan. Walaupun banyak dosa aku lakukan, namun DIA masih izinkan aku untuk bertaubat. Aku percaya, rezeki Allah itu pasti. Yang penting sekarang, berhenti dan move on! 

Kan? Semoga segala perancangan berjalan dengan baik dan lancar.. Amin.. 

Wednesday, April 27, 2016

Nah!

Assalamualaikum,




Biarkan,
Biarkan mereka berbicara.
Biarkan mereka bergelak ketawa.
Biarkan mereka berprasangka tanpa mengetahui kebenaran cerita.

Jangan dihalang hati berkata,
Jangan ditegah jiwa berbicara,
Luahkan. Sejauh mana kebenaran, hanya Dia yang bisa tentukan.

Jangan khuatir apa manusia lain fikir,
Mereka siapa?
Kau siapa?


Walau bibir menguntum senyum,
Namun dalam hati..

~~~ Nahhhh.. Jari tengah tepat ke muka kau! Eh.


Monday, April 25, 2016

Sampai bila.

Assalamualaikum..





Sampai suatu saat, kau akan terduduk. Termenung. Menangis. Fikiran kau kosong. Kau rasa lemah. Tak berdaya untuk bangun. Ketika itu, jiwa kau disuapkan dengan cerita-cerita tentang kejayaan orang lain, kebahagiaan orang lain. Jiwa kau lemah, semakin remuk, seakan-akan direnyuk seperti sehelai kertas draf yang tidak diperlukan lagi dan hanya menunggu masa untuk dibuang. Kau diam. Kau dengar betapa bahagianya orang itu. betapa gembiranya orang itu yang kini mengecap kejayaan demi kejayaan. Kau seperti manusia bisu. Mata terpaku melihat setiap bait kata-kata yang menggerakkan bibir orang yang berada di hadapan kau.

Semakin lama, semakin kau lemah. Kau rasa terhina. Kau rasa kau telah gagal menjadi diri kau sendiri. Tiada lagi dahan yang kuat untuk kau menahan beban, yang kian lama, kian memberat. Kian menyakitkan bahu. Kau tahu, tiada lagi yang akan membantu. Kerana, semua sedang membisu tatkala kau berada dalam kesakitan. Kesusahan. 

Kau menangis, dan terus menangis. Otak kau sakit. Mata kau pedih. Kesesakan di dada kian meruncing. Kesedihan yang bersarang, kini hampir menutupi sisa-sisa cahaya. Ingin sekali kau ambil cahaya itu, namun semakin kau cuba menghampirinya, semakin jauh ia pergi. Semakin pudar, semakin gelap. Tinggallah kau di dalam kegelapan. Yang memakan jiwa dan sanubari kau.

Benci. Benci tatkala melihat orang lain bahagia. Benci tatkala melihat orang lain asyik dengan keseronokan, sedangkan kau kini dalam kesakitan. Benci itu sifat syaitan. Kau rasa, kau sama dengan syaitan? Tak tahu! Jangan tanya soalan yang aku sendiri butuh jawapan!

Mana perginya semangat yang sejak sekian lama kau pegang? Mana? Hancur! Semuanya telah hancur. Hati kau remuk. Jiwa kau kosong. Kau sesat. Kau perlukan bantuan. Kau perlukan bantuan untuk menenangkan jiwa kau yang kian mati itu. Semakin kau pendam, semakin ia sakit. Semakin ia mati. Sampai bila???

Sampai bila kau harus menanggung semua kesengsaraan ini? Sampai bila kau harus membiarkan orang lain memijak henyak kau seperti kertas draf yang kotor? Sampai bila kau harus membiarkan hati kau disiat-siat, sedangkan si penyiat tidak merasa apa. Kau semakin menjunam ke bawah, sedangkan dia semakin meninggi di atas. Kau semakin hancur seperti debu, sedangkan dia semakin kental seperti besi. 

Sampai bila.. Kau harus menipu satu dunia.. Dengan senyumanmu itu.. Sampai bila? 

Tuesday, April 19, 2016

Mimpi semalam

19.4.2016







Masih teringatkan mimpi semalam.. Peliklah mimpi tu. Tak pernah aku rasa takut yang teramat sangat seumur hidup aku. Terasa macam nak mati. Blerghh! Sudahlah. Lupakan saja. Itu cuma mimpi. Mainan tidur. Seronok lah kau ya setan, dapat menakutkan aku semalam. Cis, tak guna! Takkan aku biarkan kau ganggu fikiran aku dengan perkara-perkara karut macam tu lagi. Hmm. Tapi, mungkin juga sebab aku terlalu penat. Badan pun dah macam sayur kangkung yang dah 4 hari dalam peti ais. Lembik. Mata tu, kalau boleh gantung baju, dah lama gantung tau. Dah macam penyangkut baju dah. Makin ke dalam. Macam mata Panda pun ada! 

...

Waktu itu.. Takkan pernah aku lupa. Saat kau cuba mendekati aku. Kau cuba menembusi hati kecilku. Kau memujukku dengan kata-kata yang manis hingga aku leka, terbuai, asyik dengan bayangan dan tutur katamu. Apakah tujuanmu? Kenapa aku? Kenapa kita??

Kau heret aku ke satu lembah yang dalam, jauh daripada realiti. Kau jadikan aku peneman setiap malam sunyimu. Kau pergunakan aku. Kau pengaruhi aku dengan kata-katamu yang manis, tapi cukup bermakna. Kau senantiasa membayangiku. Ke mana aku pergi, bayangmu tetap mengekoriku. Setiap langkahku. Setiap hela nafasku. Setiap detik nadiku. Hendak saja aku herdik pada kau supaya pergi dari hidupku. Hendak saja aku lari jauh.. Hilang dari pandangan dan hidupmu. Hendak saja aku bilang, cukup! Jangan buat aku seperti barang simpananmu! Hendak saja aku.. Bunuh.. Bunuh? Ya.. Bunuh segala memori hitam yang bersarang dalam benak fikiranku. Tapi.. Aku sayang.. Aku cukup sayang.. Hati ini meronta-ronta ingin ketemu. Memelukmu dengan erat dan enggan lepaskan. Ingin saja aku tinggalkan apa yang ada di depan mata, agar aku dapat menikmati setiap saat terindah denganmu..

Kau beri aku bahagia.. Kau beri aku derita. Kau menjadikan aku lemah setiap kali kita bersua. Aku benci. Tapi aku sayang. Aku berdosa. Tapi aku mahu. Aku marah. Tapi aku terima. Kebodohan apakah ini??

....

Hei, Juwita! Jauh termenung??

Eh, hai u.. Terkejut I. Apa yang u buat kat sini?

Haii.. Ini kan tempat mainan kita hari-hari, lagi u mau tanya apa I buat kat sini? Biar betul u ni?

Emm? Oh. Ahhhh.. Sorry, sorry. Ye tak ye jugak kan.. Haihh.. 

Kenapa dengan u ni? Actually, dari tadi I perhatikan u tau tak? Ni air ni.. Dah sejuk dah pun..

Oh. Ye ke? Apasal u tak tegur je I tadi? 

I saja je taknak kacau u. Tengok u macam ada problem je. Bad day, I guess?

Well, not really. Todays matter was okay. It's just, emm.. Tired maybe. 

Hmm. Tulaa.. Can see that. Well, you should go back and have a proper rest. Kerja ni semua, kalau dilayankan, takkan habis. 

I memang nak balik office pun ni.. Saja singgah kantin sekejap. Ingat nak minum, tapi dah sejuk pulak air. Heheh. 

I tak suruh u balik office. You should go home and relax. Tengok mata tu, dah macam Panda dah. Eye bags berkilo! Hahah

Heyyy.. U ni kannn.. Tak habis-habis menyakat tau tak! Ok lah. I nak balik dulu. Bye!

Eh eh.. Terus nak balik? Ok. Balik rumah tau, jangan balik office pulak! Bye sayang.. Eh.

You ingat, office tu bapak I punya eh, suka suka nak masuk, suka suka nak keluar? By the way, bila pulak I jadi sayang you?

Hmm.. Bila you tanya I? Sejak lahir larrr..  

Taufik, Taufik... Kalau lah kau kenal siapa aku...

(Bersambung)


Di manakah aku?

18.4.2016


Fikiran aku jauh menerawang. Aku kini berada di satu dataran yang luas. Lapang. Tiada apa-apa di sekeliling aku melainkan dua lorong yang aku sendiri tidak pasti menuju ke mana. Di mana aku? Adakah aku sesat? Kenapa aku berada di sini? Tempat apakah ini? Aku tak suka tempat ni! Keluarkan aku dari sini!!

...Angin sepoi-sepoi meniup lembut ke arah aku. Rambut panjang mengurai, ikal mayang, berombak perlahan bila ditiup angin. Sejuk. Ku lihat sekeliling.. Kosong.. Ku pandang ke arah langit. Dapat aku lihat beberapa tompokan hitam berserakan di langit. Apakah itu? Bisik hati kecilku. Di manakah aku??

Di mana semua orang? Mama? Mana mama?? Aku lapar. Haus. Kenapa tiada apa-apa di sini? Mana air? Kenapa semua pudar? Kelam? Ke mana harus aku pergi? Badan aku sakit-sakit. Sudah beberapa hari aku tidur beralaskan tanah berpasir yang keras macam batu ni. Badan rasa gatal-gatal. Bintik-bintik merah semakin banyak menumbuhi di atas kepala, muka, kaki, tangan.. Arghhh!!! Apa semua ni?? Aku nak balik! Aku nak pergi kerja!!!

...Hmm.. Dua lorong ni menghala ke mana ya? Kalau aku masuk lorong di sebelah kanan, agak-agak, sampai tak kat rumah? Macamana kalau lorong yang aku pilih tu salah? Hishhh. Orang kata, bahagian yang mula dari kanan, selalunya baik. Yang kiri sebaliknya. Tapi.. Lorong kanan tu nampak gelap semacam je.. Lorong kiri nampak terang. Macam ada cahaya kat dalam tu, Alamak.. Mana satu nak pilih ni??

Tompok-tompok hitam di langit kian menebal. Seakan hampir menutupi cahaya yang sedikit di atas. Tompok apakah itu? Kenapa ia semakin banyak? Tebal dan menyesakkan dada. Ianya seakan menghimpit. Menyempitkan saluran pernafasan aku. Seakan kepulan asap kehitaman, tapi tidak berbau. Arghhhh!!! Apa tu?? Tolong. Tolongggg!! Pergi dari sini!! Pergi!!! Mama! Mamaaaa!!! Arghhhh!!!!


Juwita.. Juwita.. Bangun. Bangun..!!


...Ma, Mamaa... 



(Bersambung)

Tuesday, February 23, 2016

Hmmm...

Assalamualaikum,


Bila kerja tengah banyak, kau rasa kau tak tahu nak buat yang mana satu. Semuanya kau nampak perit. Sukar. Pahit. Macam kopi hitam tanpa gula. Gelap. Kau letih. Belakang kau sakit. Otak kau penat nak kembangkan idea dan mencari apa yang tersirat di sebalik sesuatu yang dikatakan sebagai subjek perkara dalam kes-kes yang kau tengah buat sekarang..

"Susahnya belajar undang-undang".

Aik? Baru sedar ke?

Entah. Baru terasa kot. Masa belajar tak rasa sangat. Sekarang, dah hampir lima tahun mengamalkan undang-undang di Malaysia, baru nak terasa. Takkan dah penat kot? 

Bukan penat dengan undang-undang, tapi penat dengan orang sekeliling, yang kononnya pengamal undang-undang, tapi... 

Tapi..

Hmmm.. Sakitnyaaaa! 

...

Assalamualaikum,






My soul needs one thing;
Peace.


Friday, February 19, 2016

iamSakura

Assalamualaikum,



Stress punya pasal, aku ke sini. Tukar Header, tukar Url, tukar nama. Barulah 2016! Hi iamSakura!! Panggilan yang tidak akan aku tinggalkan. Selamanya. Dengan nama Sakura aku mula menulis blog. Wayyyy back in 2010. All the memories, be it sadness or happiness.. Telah aku garapkan, aku luahkan, aku sematkan di blog yang bernama Sakura ini. Sehinggalah..

Aku membuat keputusan untuk melupakan segala kenangan yang pernah aku tanam di sini. Tapi harini, aku rasa seperti aku mahu Sakura itu kembali. Bukan dengan kenangan lama, tapi dengan kenangan baru..

Aku suka. Suka dengan gelaran itu. Dan akan aku pakai sampai bila-bila..

And iam.. Sakura! Theheee.. Hashtag kenapapoyosangat


Kenapa??

Assalamualaikum,






Ada kalanya, kau terfikir, "kenapa kau boleh buat sesuatu yang kau tahu akan menghancurkan hidup kau satu hari nanti?"

Kau dah tahu, tapi kau masih buat, dan terus buat. Kau rasa nak buat. Blerghhh!

Benci!