Jatuh dan bangun dalam kehidupan tu adalah lumrah. Semua orang pernah merasainya. Begitu juga aku. Hari ini, saat ini, aku boleh katakan yang aku sedang dalam fasa yang sangat menekan. Sangat membingungkan. Sangat menyukarkan. Aku jatuh, tersembam sampai nak bangun pun susah. Ya, Mungkin bunyinya agak kelakar. Tapi aku redha dengan apa yang terjadi.
Tak semua yang kita inginkan, kita akan dapat. Kita buatlah macamana sekalipun, kalau orang nak buang kita, kita berada di atas puncak sekalipun kita boleh ditolak ke bawah begitu sahaja. Tak kiralah apa alasannya sekalipun..
Aku terima keadaan aku sekarang walaupun aku terpaksa melalui hari hari yang menyeksakan.. Perasaan yang menyeksakan. Tapi aku bersyukur kerana masih ada insan-insan yang sentiasa memberi aku semangat, sentiasa memujuk dan sentiasa menasihati aku supaya aku tak terus tersembam dan kekal begitu sepanjang masa.
Untuk membolehkan kita naik ke puncak, itu memerlukan usaha yang keras, ilmu yang munasabah (sebab aku bukannya genius), dan kebolehan tahan maki yang maksimum. Bila kita di atas, sekali kita jatuh, kita akan sakit yang teramat. Ada sesetengahnya terus "mati". Kalau diikutkan kekuatan fizikal aku, sememangnya aku dah "mati" akibat daripada kesan jatuh tersebut. Tapi, yang membolehkan aku bangkit dan hidup semula adalah sedikit semangat yang aku punya sejak dari dulu. Aku selalu ingat tentang betapa susahnya untuk aku bangkit, untuk aku berada di tahap di mana aku berada sebelumnya. Wajah-wajah kesayangan aku sentiasa menjadi inspirasi untuk aku teruskan kaki ini melangkah dalam dunia yang penuh dengan duri dan ranjau ini.
Betapa banyaknya peluh dan airmata aku keluarkan. Betapa sakitnya tubuh badan ni selama aku hidup ni semâta-mata untuk mencari sesuap nasi. Aku takkan lupa semua tu. Aku sedar, aku tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Aku ikut kata hati aku bila aku rasa aku perlu membuat sesuatu keputusan. Beberapa keputusan penting yang melibatkan hidup aku, telah aku capai dan akibatnya juga turut aku rasai. Tapi aku bersyukur kerana disaat ini, sekarang ini, masih ada yang sayang.. Masih ada yang peduli.. Masih ada yang memahami..
InsyaAllah. Sedikit masa lagi.. Percayalah. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Allah Maha Memberi Rezeki. Percayalah kepada janji Allah.
Aku takkan pernah lupa apa yang telah manusia manusia itu lakukan kepada aku. Walau apa jua alasan yang diberikan, aku tidak berhak diperlakukan seperti ini. Tapi aku terima. Dan aku redha. Andai ini yang Allah tunjukkan, aku percaya ia adalah petunjuk yang baik untuk aku.
Sedikit masa lagi. Tak selamanya kita akan sakit. Tak selamanya kita akan merudum. Tak selamanya dunia ini menentang kita.
Ya, cuma sedikit masa lagi...
...dan aku akan terus bangun, terus melangkah, dan takkan berpaling lagi...