Ada beberapa pembaca misteri blog ini pernah bertanyakan soalan pada aku, "kenapa aku gemar menulis perkara-perkara yang sedih?" "Adakah ianya berkait rapat dengan hidup aku? atau, sekadar penulisan yang dibuat-buat saja?" Well, aku katakan "penulisan" (walaupun perkataan penulisan itu lebih menjurus kepada perkara subjek berbentuk akademik dan/atau seperti novel) kerana.. Suka hati aku lar nak guna perkataan apa pun!
Eh hemm.. Entahlah labuu. Aku buka kepada pelbagai interpretasi, imaginasi dan tanggapan kamu semua. Aku malas nak explain. Sebabnya, aku tak minat nak memberi penerangan mengenai apa yang berkait rapat dengan hidup aku. ataupun tak. Boleh jadi, ianya betul, dan boleh jadi, ianya cuma rekaan semata-mata. Jadi, terpulanglah pada konsep pembacaan kamu semua. Ok?
Hidup ni, biasalah. Macam air laut. Ada pasang, ada surutnya. Kadang-kadang, ia berombak. Bila hari hujan, ombak mengganas. Bila hari cerah, cuaca baik, ombak akan menghempas lembut ke pantai. Begitulah hidup. Terpulang pada diri kita sendiri, bagaimana kita nak uruskan hidup kita. Kalau kita paksa sesuatu perkara bilamana keadaan pada masa itu berombak deras, hujan dan petir, sesuatu perkara itu takkan pernah berhasil. Malah, keadaan akan jadi lebih rumit. Sukar, hingga menyesakkan dada. Bagaimana pula jika kita sendiri tidak pandai untuk menguruskan hidup? Hingga menyebabkan pihak ketiga campur tangan? Orang luar? Orang asing?? Disaster, man.
Orang yang macam ni, dia adalah sejenis yang tidak pandai untuk membuat keputusan. Dia takut dengan impak kepada keputusan yang dia buat atau bakal buat. Dia lemah, berfikiran negatif hingga menjejaskan kehidupan orang lain. Dia rasa diri dia sering terperangkap dalam satu dunia yang gelap. Kosong dan tidak mempunyai bunyi. Sama seperti fikirannya. Walau apapun yang cuba dilakukannya, sebagai contoh, berlagak seperti dia berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu rancangan, atau bijak dalam mengatur sebuah perlawanan. Namun hakikatnya, dia kosong.
Dia seperti tercari-cari.. Meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari bunyi atau suara yang boleh dia bergantung harap. Namun, tidak pernah berhasil. Sehingga dia merasakan, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia menyerahkan nasib. Adakah ini takdir hidupnya? Mungkin. Segalanya telah tertulis, kan?
Apa yang kau tercari-cari, haa??

No comments:
Post a Comment