Hari ini, menitis lagi airmata aku.. Setelah beberapa minggu aku cuba menahan ia daripada membasahi kelopak mata ni, namun, hari ini ia turun jua. Aku ingatkan, aku dah cukup kuat untuk menahan segala kesedihan yang terbuku di hati ni dan berlagak seperti tiada masalah. Tapi, ternyata, semakin aku pendam, semakin kuat anasir-anasir yang cuba melemahkan aku, dan memaksa aku untuk tunduk dan jatuh tersembam..
Aku berharap, semua ini hanyalah sementara. Aku cuba untuk berfikir akan perkara-perkara yang baik, positif dan menenangkan jiwa. Terbayang wajah-wajah kesayangan di paparan minda, menanti sesuatu yang boleh menggembirakan mereka. Aku teringin untuk sama-sama menikmati saat-saat indah dan bahagia bersama mereka. Terlalu tinggi harapan yang mereka sandarkan pada aku. Terlalu rapuh hati ini untuk menyatakan kegusaran, kerisauan dan kesusahan aku disaat ini. Sayangnya aku pada mereka, lebih daripada nyawaku sendiri. Apa yang aku kerap fikirkan, hanyalah untuk melihat mereka gembira dan bahagia.
Lima tahun aku berusaha keras untuk mencuba untuk berjaya. Apa jua halangan dan rintangan aku hadapi. Selama lima tahun ini, pelbagai dugaan, cabaran dan nikmat yang aku perolehi. Kadang aku merasakan bahawa semua ini sia-sia. Haihhh.. Tak sepatutnya aku rasa macam ni.. Tapi, inilah hakikatnya.. Aku cuba, aku cuba sedaya upaya untuk menangkis segala perasaan yang tak menggembirakan aku. Namun, hati perempuan.. Terlalu sukar untuk ditafsirkan, malah semakin rumit jika diluahkan.
Cuba untuk mencari sesuatu. Mungkin, satu hari nanti.. Akan aku tunggu saat itu.. Takkan aku menyerah. Takkan aku mengalah.. InsyaAllah..
Cuba untuk mencari sesuatu. Mungkin, satu hari nanti.. Akan aku tunggu saat itu.. Takkan aku menyerah. Takkan aku mengalah.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment