Assalamualaikum,
Biarkan,
Biarkan mereka berbicara.
Biarkan mereka bergelak ketawa.
Biarkan mereka berprasangka tanpa mengetahui kebenaran cerita.
Jangan dihalang hati berkata,
Jangan ditegah jiwa berbicara,
Luahkan. Sejauh mana kebenaran, hanya Dia yang bisa tentukan.
Jangan khuatir apa manusia lain fikir,
Mereka siapa?
Kau siapa?
Walau bibir menguntum senyum,
Namun dalam hati..
~~~ Nahhhh.. Jari tengah tepat ke muka kau! Eh.
Wednesday, April 27, 2016
Monday, April 25, 2016
Sampai bila.
Assalamualaikum..
Sampai suatu saat, kau akan terduduk. Termenung. Menangis. Fikiran kau kosong. Kau rasa lemah. Tak berdaya untuk bangun. Ketika itu, jiwa kau disuapkan dengan cerita-cerita tentang kejayaan orang lain, kebahagiaan orang lain. Jiwa kau lemah, semakin remuk, seakan-akan direnyuk seperti sehelai kertas draf yang tidak diperlukan lagi dan hanya menunggu masa untuk dibuang. Kau diam. Kau dengar betapa bahagianya orang itu. betapa gembiranya orang itu yang kini mengecap kejayaan demi kejayaan. Kau seperti manusia bisu. Mata terpaku melihat setiap bait kata-kata yang menggerakkan bibir orang yang berada di hadapan kau.
Semakin lama, semakin kau lemah. Kau rasa terhina. Kau rasa kau telah gagal menjadi diri kau sendiri. Tiada lagi dahan yang kuat untuk kau menahan beban, yang kian lama, kian memberat. Kian menyakitkan bahu. Kau tahu, tiada lagi yang akan membantu. Kerana, semua sedang membisu tatkala kau berada dalam kesakitan. Kesusahan.
Kau menangis, dan terus menangis. Otak kau sakit. Mata kau pedih. Kesesakan di dada kian meruncing. Kesedihan yang bersarang, kini hampir menutupi sisa-sisa cahaya. Ingin sekali kau ambil cahaya itu, namun semakin kau cuba menghampirinya, semakin jauh ia pergi. Semakin pudar, semakin gelap. Tinggallah kau di dalam kegelapan. Yang memakan jiwa dan sanubari kau.
Benci. Benci tatkala melihat orang lain bahagia. Benci tatkala melihat orang lain asyik dengan keseronokan, sedangkan kau kini dalam kesakitan. Benci itu sifat syaitan. Kau rasa, kau sama dengan syaitan? Tak tahu! Jangan tanya soalan yang aku sendiri butuh jawapan!
Mana perginya semangat yang sejak sekian lama kau pegang? Mana? Hancur! Semuanya telah hancur. Hati kau remuk. Jiwa kau kosong. Kau sesat. Kau perlukan bantuan. Kau perlukan bantuan untuk menenangkan jiwa kau yang kian mati itu. Semakin kau pendam, semakin ia sakit. Semakin ia mati. Sampai bila???
Sampai bila kau harus menanggung semua kesengsaraan ini? Sampai bila kau harus membiarkan orang lain memijak henyak kau seperti kertas draf yang kotor? Sampai bila kau harus membiarkan hati kau disiat-siat, sedangkan si penyiat tidak merasa apa. Kau semakin menjunam ke bawah, sedangkan dia semakin meninggi di atas. Kau semakin hancur seperti debu, sedangkan dia semakin kental seperti besi.
Sampai bila.. Kau harus menipu satu dunia.. Dengan senyumanmu itu.. Sampai bila?
Tuesday, April 19, 2016
Mimpi semalam
19.4.2016
...
Masih teringatkan mimpi semalam.. Peliklah mimpi tu. Tak pernah aku rasa takut yang teramat sangat seumur hidup aku. Terasa macam nak mati. Blerghh! Sudahlah. Lupakan saja. Itu cuma mimpi. Mainan tidur. Seronok lah kau ya setan, dapat menakutkan aku semalam. Cis, tak guna! Takkan aku biarkan kau ganggu fikiran aku dengan perkara-perkara karut macam tu lagi. Hmm. Tapi, mungkin juga sebab aku terlalu penat. Badan pun dah macam sayur kangkung yang dah 4 hari dalam peti ais. Lembik. Mata tu, kalau boleh gantung baju, dah lama gantung tau. Dah macam penyangkut baju dah. Makin ke dalam. Macam mata Panda pun ada!
Waktu itu.. Takkan pernah aku lupa. Saat kau cuba mendekati aku. Kau cuba menembusi hati kecilku. Kau memujukku dengan kata-kata yang manis hingga aku leka, terbuai, asyik dengan bayangan dan tutur katamu. Apakah tujuanmu? Kenapa aku? Kenapa kita??
Kau heret aku ke satu lembah yang dalam, jauh daripada realiti. Kau jadikan aku peneman setiap malam sunyimu. Kau pergunakan aku. Kau pengaruhi aku dengan kata-katamu yang manis, tapi cukup bermakna. Kau senantiasa membayangiku. Ke mana aku pergi, bayangmu tetap mengekoriku. Setiap langkahku. Setiap hela nafasku. Setiap detik nadiku. Hendak saja aku herdik pada kau supaya pergi dari hidupku. Hendak saja aku lari jauh.. Hilang dari pandangan dan hidupmu. Hendak saja aku bilang, cukup! Jangan buat aku seperti barang simpananmu! Hendak saja aku.. Bunuh.. Bunuh? Ya.. Bunuh segala memori hitam yang bersarang dalam benak fikiranku. Tapi.. Aku sayang.. Aku cukup sayang.. Hati ini meronta-ronta ingin ketemu. Memelukmu dengan erat dan enggan lepaskan. Ingin saja aku tinggalkan apa yang ada di depan mata, agar aku dapat menikmati setiap saat terindah denganmu..
Kau beri aku bahagia.. Kau beri aku derita. Kau menjadikan aku lemah setiap kali kita bersua. Aku benci. Tapi aku sayang. Aku berdosa. Tapi aku mahu. Aku marah. Tapi aku terima. Kebodohan apakah ini??
....
Hei, Juwita! Jauh termenung??
Eh, hai u.. Terkejut I. Apa yang u buat kat sini?
Haii.. Ini kan tempat mainan kita hari-hari, lagi u mau tanya apa I buat kat sini? Biar betul u ni?
Emm? Oh. Ahhhh.. Sorry, sorry. Ye tak ye jugak kan.. Haihh..
Kenapa dengan u ni? Actually, dari tadi I perhatikan u tau tak? Ni air ni.. Dah sejuk dah pun..
Oh. Ye ke? Apasal u tak tegur je I tadi?
I saja je taknak kacau u. Tengok u macam ada problem je. Bad day, I guess?
Well, not really. Todays matter was okay. It's just, emm.. Tired maybe.
Hmm. Tulaa.. Can see that. Well, you should go back and have a proper rest. Kerja ni semua, kalau dilayankan, takkan habis.
I memang nak balik office pun ni.. Saja singgah kantin sekejap. Ingat nak minum, tapi dah sejuk pulak air. Heheh.
I tak suruh u balik office. You should go home and relax. Tengok mata tu, dah macam Panda dah. Eye bags berkilo! Hahah
Heyyy.. U ni kannn.. Tak habis-habis menyakat tau tak! Ok lah. I nak balik dulu. Bye!
Eh eh.. Terus nak balik? Ok. Balik rumah tau, jangan balik office pulak! Bye sayang.. Eh.
You ingat, office tu bapak I punya eh, suka suka nak masuk, suka suka nak keluar? By the way, bila pulak I jadi sayang you?
Hmm.. Bila you tanya I? Sejak lahir larrr..
Taufik, Taufik... Kalau lah kau kenal siapa aku...
(Bersambung)
Di manakah aku?
18.4.2016
Fikiran aku jauh menerawang. Aku kini berada di satu dataran yang luas. Lapang. Tiada apa-apa di sekeliling aku melainkan dua lorong yang aku sendiri tidak pasti menuju ke mana. Di mana aku? Adakah aku sesat? Kenapa aku berada di sini? Tempat apakah ini? Aku tak suka tempat ni! Keluarkan aku dari sini!!
...Angin sepoi-sepoi meniup lembut ke arah aku. Rambut panjang mengurai, ikal mayang, berombak perlahan bila ditiup angin. Sejuk. Ku lihat sekeliling.. Kosong.. Ku pandang ke arah langit. Dapat aku lihat beberapa tompokan hitam berserakan di langit. Apakah itu? Bisik hati kecilku. Di manakah aku??
Di mana semua orang? Mama? Mana mama?? Aku lapar. Haus. Kenapa tiada apa-apa di sini? Mana air? Kenapa semua pudar? Kelam? Ke mana harus aku pergi? Badan aku sakit-sakit. Sudah beberapa hari aku tidur beralaskan tanah berpasir yang keras macam batu ni. Badan rasa gatal-gatal. Bintik-bintik merah semakin banyak menumbuhi di atas kepala, muka, kaki, tangan.. Arghhh!!! Apa semua ni?? Aku nak balik! Aku nak pergi kerja!!!
...Hmm.. Dua lorong ni menghala ke mana ya? Kalau aku masuk lorong di sebelah kanan, agak-agak, sampai tak kat rumah? Macamana kalau lorong yang aku pilih tu salah? Hishhh. Orang kata, bahagian yang mula dari kanan, selalunya baik. Yang kiri sebaliknya. Tapi.. Lorong kanan tu nampak gelap semacam je.. Lorong kiri nampak terang. Macam ada cahaya kat dalam tu, Alamak.. Mana satu nak pilih ni??
Tompok-tompok hitam di langit kian menebal. Seakan hampir menutupi cahaya yang sedikit di atas. Tompok apakah itu? Kenapa ia semakin banyak? Tebal dan menyesakkan dada. Ianya seakan menghimpit. Menyempitkan saluran pernafasan aku. Seakan kepulan asap kehitaman, tapi tidak berbau. Arghhhh!!! Apa tu?? Tolong. Tolongggg!! Pergi dari sini!! Pergi!!! Mama! Mamaaaa!!! Arghhhh!!!!
Juwita.. Juwita.. Bangun. Bangun..!!
...Ma, Mamaa...
(Bersambung)
Subscribe to:
Posts (Atom)

