Thursday, July 28, 2016

Tapestry

Assalamualaikum..









Walaupun dalam hati ni, tiada siapa yang tahu, kecuali Dia. 




Wednesday, July 20, 2016

Rahsia hati

Assalamualaikum..

Pernah tak, tiba-tiba kau rasa nak menangis. Tapi waktu tu kau berada dalam khalayak ramai, kiri, kanan, depan, belakang ada orang. Kau tunggu. Kau buat macam biasa, tapi kau tak boleh nak simpan air muka sedih kau tu sebab airmata tu sikit je lagi nak jatuh. Nak cari tempat terselindung untuk menangis. Walau sedikit airmata yang keluar pada masa itupun, kau rasa dah cukup untuk kau lepaskan apa yang terbuku di hati. 

Pernah tak, tiba-tiba seseorang menelefon kau. Sometimes, random people. Kau dengar je suara menyebut "Assalamualaikum", "Hello", kau rasa nak menangis. Nak lepaskan kat orang tu. Walaupun orang tu bukanlah sesiapa yang penting dalam hidup kau.

Pernah tak, waktu kau dalam meeting/discussion, tiba-tiba kau rasa nak menangis bila salah seorang yang berada dalam meeting/discussion tu memandang tepat ke arah anak mata kau, walaupun waktu itu kau bukan bercerita tentang perihal rahsia yang terbuku dalam hati?

Pernah tak, waktu kau sedang melayari alam maya, sambil melihat kegembiraan, kebahagiaan orang lain, kejayaan orang lain, tiba-tiba kau rasa nak menangis?

Ya Allah, aku amat perlukan petunjuk dan hidayahMu dalam memandu aku ke arah yang benar. Berikan aku hati yang kuat, jiwa yang kental, mata yang tajam, telinga yang baik, mulut yang hanya berkata-kata tentang perkara kebaikan. Beri aku jalan. Beri aku kekuatan.. Beri aku kepastian.. Rahsiaku ada pada Mu. Kebahagiaanku hanya pada Mu, milik Mu. Hinanya aku, membawa kepada kemurkaan Mu. 

Terlalu banyak rahsia hati yang Kau pegang, Kau simpan bagi pihakku. Kau simpan agar aku tidak merasa keaiban. Agar aku dapat menikmati hari-hariku dengan kebiasaan. Terima kasih Allah. Kerana tanpa Mu, kekuatan ini telah lama mati. Tanpa Mu, jiwa ini telah lama kekosongan, menanti diisi dengan kenikmatan, kebahagiaan dunia. Tunjukilah aku jalan yang lurus. 

Jawapan untuk kata-kata di atas, ada dalam rahsia hati ini. 

Apa masalah?

Assalamualaikum..

Dah Julai rupanya.. Puasa dah lepas, raya dah lepas, berhenti kerja dah lepas. Semuanya berlaku dengan pantas. Pap pap dah nak hujung tahun. Macamana boleh selaju ini? Apa lepas ni? Apa perancangan sekarang? Masa depan?

Tak tahu.

Semuanya masih lagi kabur. Aku masih lagi "struggle" dengan diri sendiri. Perasaan sendiri. Ketakutan tentang masa depan semakin membuatkan aku tertekan. Kadang aku keliru. Tak pasti. Sangsi. Blerghhhh! Semualah. Apa masalah? Semuanya masalah!

Berlawan dengan perasaan sendiri ni bukan sesuatu yang mudah. Siapa menang, siapa kalah? Kalau boleh, semua nak menang. Semua nak dapat apa yang dia perlu dapatkan. Lantaklah dengan sekeliling. Lantaklah dengan akibat dan kesan. Ishhh.. Bodohnya rasa diri ni sekarang..

Terlalu banyak fikir, terlalu banyak harapan.. Terlalu banyak persoalan. Aku cuba selesaikan satu persatu. Hal itu, hal ini. Nak cakap, pada siapa? Manusia? Ahhh. Aku tak percaya pada manusia. Mereka semua adalah satu ancaman. Benarkah? Atau, tiada manusia yang sudi mendengar? Atau, tiada manusia yang kawan dengan kau? 

Geram sampai nangis. Jerit dalam hati sampai bingit. Sakit. Aku benci dengan semua ni.. Hipokrit. Aku lah tu. Kenapa masih senyum kalau hati dah remuk, hancur? Kenapa masih melangkah kalau kaki dah layu? Kenapa masih terima kalau pengakhirannya menyakitkan? Satu je jawapannya. Sebab bodoh. Aku ulang, aku masih lagi "struggle" dengan diri sendiri. 

Dahlah.