Friday, August 26, 2016

Tentang Rasa.

Assalamualaikum,


Pagi tadi ada pendengaran di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Pendengaran biasa saja. Lepas selesai tugas pagi tadi, tak tahu nak buat apa. Tengok jam, masih terlalu awal. 10.15 pagi. Perut pun boleh tahan minta makanan. Lepak dulu di kafeteria, makan nasi dagang. Kali ni agak mahal. RM6 sepinggan. Terkejut juga aku sebab selalunya makanan kat kafeteria Mahkamah ni murah-murah je. Macam sebelum ni aku selalu beli nasi campur, macam-macam lauk aku boleh ambil dengan harga RM6. Kali ni, nasi dagang sikit je dah hampir RM10. Takpelah. 

Lepas makan, balik rumah. Tak sedar telefon aku berbunyi masa memandu. Bila tengok handphone, rupa-rupanya mama telefon. Aduh.. Nak call semula, line pula kena barred. Hampa je rasa. Tiba-tiba rasa nak menangis. Haihh.. Sebu je rasa perut ni. Duduk kejap. Tak lama lepas tu, telefon berbunyi lagi sekali. Cepat-cepat aku ambil. Mama. Aku jawab.

"Niiii.. Buat apa tu? Kat mana?"
"Ma.. Kat umah, baru balik dari court. Tadi masa mama telefon yanie tengah drive."
"Oh.. Dah makan ke?"
"Dah ma, makan kat court tadi."

Tiba-tiba mama senyap. 

"Mama ok ke tu..?"
"Mama ok. Tahlah. tiba-tiba rasa nak nangis dengar suara ani.."
"Samalah kita ma. Rasa nak nangis dengar suara mama.."

Dua-dua nangis. Perbualan terhenti. 
Ahh..

"Ok lah. Taknak lah nangis lagi, nanti pening.."
"Ok ma.. Ma jaga diri ya"
'Ma ok je.. Anie pun sama, jaga diri"
"Bye ma.. I love you.. Miss you"
"Iye.."

Kadang-kadang, kita tak perlu pun cerita apa yang terbuku di hati. Aku rasa, mama pun dapat rasa yang anak dia sekarang tengah bersedih. Tapi aku tak pernah nak bercerita apa jua masalah yang aku sedang alami pada mama. Aku tak nak dia sedih, risau.. Masalah dia pun dah cukup banyak. Aku tak sampai hati nak tambah beban di dadanya. Tapi aku tahu, mama pun tahu apa yang sedang aku alami sekarang. Cuma kita tak discuss je. Bila aku balik kampung, aku cuma nak rasa gembira je tengok mama, ayit dan adik-adik aku. Itu pun dah cukup bagi aku. 

Haihh.. Mama, mama. Rindu. Rasa bersalah. Kecewa. Bersabarlah mama. Sikit je lagi. ;'(

Allah.. Bantulah aku untuk kuat.. 

Tuesday, August 23, 2016

Ahh. Peliknya.

Assalamualaikum,







Hidup ni umpama layang-layang. Ada kalanya ia nampak cantik, berwarna-warni, indah dipandang tatkala ia terbang melayang di angkasa. Pabila ditiup angin, ia terbang tinggi, semakin diayun, semakin tinggi ia pergi. Alunan dan gerakan tarinya, ahh.. Cantik sekali..

Namun, ada kalanya, ia nampak suram. Warnanya seakan pudar, coraknya.. Kain layangnya semakin lusuh, carik di sana sini. Ayunannya lemah, makin diayun, makin rendah ia pergi. Lama kelamaan, ia jatuh ke bumi dan tidak bisa naik kembali. 

Hidup ini bukan selamanya. Ada titik noktah. Seperti layang-layang tadi, lama kelamaan, ia akan mati. Tidak bisa diperbaiki. Tidak bisa dihias lagi. Hidup juga ada mati. Tiada yang kekal abadi, melainkan cuma Dia, yang Ilahi. 

Bercakap tentang hidup dan mati, nampak mudah. Nampak seperti tiada apa. Tiada rasa. Aku bisa berbicara, kau juga bisa merasa. Namun, hakikatnya, cuma satu dusta. Jika ada sebiji epal di hadapan kamu sekarang, kupaslah ia. Belah ia menjadi dua. Letak di atas meja. Lihatlah, berapa lama masa yang ada untuk ia bertukar warna. Kemudian, apa yang akan kamu lakukan padanya? Adakah kamu akan makan ia? Ataupun buang ia ke tepi?

Hidup dan mati saling berkaitan. Saling berhubungan. Tidak bisa dipisahkan. Malah, tiada sedikit jarak pun yang sepatutnya wujud di antara keduanya. Kamu tanya diri kamu, apa tujuan kamu hidup? Adakah untuk mati? Yang akhirnya sudah pasti. Tiada yang terkecuali. 

Mudah saja kamu berbicara soal hidup dan mati, sepertinya, kamu sudah mengetahui saat dan ketikanya nanti. Ahhh.. Tidak. Jangan salah sangka. Tidak semestinya. Aku, kamu, dia, malah sesiapa sahaja tidak akan tahu bila akan tiba saat itu. Masing-masing penuh dengan persoalan. Bila, bagaimana, di mana, dengan cara apa.. Dosa? Belum kira campur tolak darab dan bahagi lagi.. 

Pelik, kan? Pelik tapi benar. Hidup, mati, dosa, pahala, syurga, neraka. Aku dan kamu. Aku, kamu dan dia. Aku, kamu, dia dan dia. Aku, kamu, dia dan dia, dan mereka. Aku, kamu, dia dan dia, dan mereka, dan satu dunia. 

Ahhh.. Peliknya. 

Thursday, August 18, 2016

We don't talk anymore..


Assalamualaikum,






We don't talk anymore
Like we used to do
We don't laugh anymore
What was all of it for
Ohh, we don't talk anymore, like we used to do...

Tuesday, August 16, 2016

Messy is SEXY

Assalamualaikum,





Itu meja aku. Tempat study, makan, minum, dan semestinyalah, tempat aku menyiapkan kerja. Aku sekarang sudah tidak punya pejabat, tidak punya majikan, tidak punya gaji, tidak punya uwang.. Eh, ada lah uwang dikit-dikit bangat.. Dah kenapa tiba-tiba bunyi orang seberang nih.. Tahhhhh. Tiba-tiba aja kokkk. hehehh. 

Aku dari dulu memang tak suka kan kekemasan. Aku lebih prefer "keselekehan". Ada ke perkataan tu. Nanti tolong check dalam Kamus Dewan, please. Aku memang jenis yang susah nak ada meja yang kemas sepanjang masa. Sekali aku dah buka file, buku, dokumen. Memang habissss.. Tapi, jangan usik... Sebab aku tahu kat mana benda-benda penting yang aku nak rujuk untuk kerja aku nanti. Kalau dulu masa ada kerja kat office lama, aku rasa, meja aku paling serabut teruk. Penuh fail, kertas, sampah, ishh tak senonoh. Harap muka je comel. Eh. 

Entahlah. Mungkin, meja yang serabut tu mencerminkan hidup aku? Atau cara pakaian aku? Perwatakan aku? Dan segalanya tentang diri aku? Mungkin. Tapi, baru-baru ni, aku dapat tahu yang orang-orang yang meja nya serabut ni, macam meja aku, adalah orang-orang yang pintar (genius). Betul ke? Kihkih. Aku tak cakap. Orang yang cakap. ;)

Haishhh.. Macam tu lah dari dulu. Sesetengah cara dan perangai orang ni, kita tak boleh nak ubah. Kalau dia jenis tak suka kekemasan, tak ada siapa yang boleh kemaskan meja dia, atau tegur cara dia. End up, meja dia akan tetap jadi kusut macam tu. Ada juga jenis yang suka marah-marah, suka cakap kasar, suka tinggi suara dan selalu nak menang dalam setiap perkara. Orang macam ni memang susah nak berurusan. Perangai macam tu dah memang semulajadi tertanam dalam diri dia. Kita cuba ubah macamana sekalipun, akhirnya, kita sendiri yang akan makan hati. Ye lar. Siapa suka orang perangai macam tu, kan? Dan kita pula, dalam masa nak cuba ubah perangai dia, lupa satu perkara. Yang mana, kita sepatutnya tengok balik perangai kita sendiri, sebelum kita rasa nak ubah perangai orang lain. Mungkin, dengan cara itu, kita tak perlu pun nak ubah perangai orang, kita cuba hadapi dan kendalikan orang-orang yang berperangai macam ni. So, bila kita boleh hadapi situasi tegang dengan orang sebegini, kita tahu macam mana nak handle, untuk mengelakkan terjadinya perang dunia ke-18. Juga, dalam masa yang sama, kita pun tak sakitkan hati orang tu. InsyaAllah.

Bye. 



Friday, August 12, 2016

Sayang

Assalamualaikum,





Mama, akak, nana, mira, wawa dan aku.. Masing-masing ada kisah hidup sendiri. Masing-masing punya personaliti dan perwatakan tersendiri. Masing-masing punya identiti tersendiri. Namun, satu perkara yang sama di antara semua, adalah impian. Itu aku pasti. Yakin. InsyaAllah betul. Apa yang diimpikan? Kebahagiaan, ketenangan, kegembiraan, serta harapan untuk bersama-sama sehingga ke syurga. Biarpun ada ketika dan waktunya, kita saling bertelagah, bergaduh, bertempik di antara satu sama lain. Marah, bengang, benci (tapi rindu), tidak bertegur, malah pernah tidak mengaku saudara. Akan tetapi, semua itu tidak pernah sekalipun terniatkan oleh hati masing-masing. Kasih sayang sesama kita.. Tidak pernah akan terputus, walau apa pun yang terjadi. Walau sebesar mana pun dugaan, onak duri yang menimpa kita semua, aku percaya, kita semua akan bakal ke sana.. Ke mana? Ke syurga.. 

Sayang banyak. 

Wednesday, August 10, 2016

Apalah sangat..

Assalamualaikum,




Adakalanya kita harus berdiam diri daripada terus berbalah sesama sendiri. Kutuk mengutuk, caci mencaci, tengking menengking di antara satu sama lain. Kalau di zaman remaja dulu, bolehlah. Kau tak matang lagi. Kau rasa apa yang kau cakap, kau buat, semuanya betul. Peduli apa dengan perasaan orang sekeliling kau. Tahu darah panas kau je. Itu zaman dulu beb. Kini, kau bukan lagi remaja. 

Kau tak boleh terus duduk di dalam zaman di mana kau nak semua orang dengar cakap kau. Kau rasa kau ketua kumpulan. Kau rasa kau boleh control semua budak-budak kau. Bila salah seorang buat silap, habis kena bantai. Habis kena pulau. Kena kutuk berhari hari. Beb, kau gila ke apa nak bawak perangai hodoh kau tu sekarang? 

Bila kau sedar yang sesetengah orang masih lagi berperangai seperti itu, kau rasa tak guna untuk kau membalas. Rasa macam, ish.. Buang masa betul. Aku ada banyak lagi benda aku nak kena fikir daripada melayan kerenah orang-orang yang masih hidup di bawah tempurung ni. Ya, macam katak. Tahap pemikiran sempit, hanya memenuhi ruang yang ada di dalam tempurung kelapa tu sahaja. Kesian kan?

Jadi, apalah guna kau nak berbalah dengan orang-orang begini? Kau ada alasan kau yang tersendiri untuk tidak bersama atau bersekepala dengan mereka. Kau bukan seperti mereka. Mereka pula, tak hidup seperti kau. Tiada apa yang dapat mereka fikirkan, apa jua di sebalik alasan yang kau berikan. Mereka terlalu taksub dengan pemikiran cetek mereka. Pemikiran lapuk mereka. Sudahlah. Bergaduh pun tak guna. Memang langsung tak guna.

Sukahati lah orang nak buat apa. Nak marah ke, nak mengutuk ke, nak remove dari group ke.. Nak maki ke. Nak putus sahabat ke.. Aku? Macam ni je lar.. Banyak perkara dalam kepala nak kena fikir. Pasal kerja, pasal rumahtangga, pasal keluarga, pasal duit, pasal hutang.. Semua benda lah. Apa lah sangat pasal kawan-kawan buang kau dari hidup mereka. 

Kah! 

Thursday, August 4, 2016

Mungkin.

Assalamualaikum,



Hari ini, menitis lagi airmata aku.. Setelah beberapa minggu aku cuba menahan ia daripada membasahi kelopak mata ni, namun, hari ini ia turun jua. Aku ingatkan, aku dah cukup kuat untuk menahan segala kesedihan yang terbuku di hati ni dan berlagak seperti tiada masalah. Tapi, ternyata, semakin aku pendam, semakin kuat anasir-anasir yang cuba melemahkan aku, dan memaksa aku untuk tunduk dan jatuh tersembam..

Aku berharap, semua ini hanyalah sementara. Aku cuba untuk berfikir akan perkara-perkara yang baik, positif dan menenangkan jiwa. Terbayang wajah-wajah kesayangan di paparan minda, menanti sesuatu yang boleh menggembirakan mereka. Aku teringin untuk sama-sama menikmati saat-saat indah dan bahagia bersama mereka. Terlalu tinggi harapan yang mereka sandarkan pada aku. Terlalu rapuh hati ini untuk menyatakan kegusaran, kerisauan dan kesusahan aku disaat ini. Sayangnya aku pada mereka, lebih daripada nyawaku sendiri. Apa yang aku kerap fikirkan, hanyalah untuk melihat mereka gembira dan bahagia.

Lima tahun aku berusaha keras untuk mencuba untuk berjaya. Apa jua halangan dan rintangan aku hadapi. Selama lima tahun ini, pelbagai dugaan, cabaran dan nikmat yang aku perolehi. Kadang aku merasakan bahawa semua ini sia-sia. Haihhh.. Tak sepatutnya aku rasa macam ni.. Tapi, inilah hakikatnya.. Aku cuba, aku cuba sedaya upaya untuk menangkis segala perasaan yang tak menggembirakan aku. Namun, hati perempuan.. Terlalu sukar untuk ditafsirkan, malah semakin rumit jika diluahkan.

Cuba untuk mencari sesuatu. Mungkin, satu hari nanti.. Akan aku tunggu saat itu.. Takkan aku menyerah. Takkan aku mengalah.. InsyaAllah.. 

PRISMA

Assalamualaikum,




Suka pulak aku main benda ni.. ;)