Sunday, November 22, 2015

Time changes people. Time changes me.

Assalamualaikum,


I miss the old me. Sungguh.. Aku rindu waktu di mana aku tak fikir mengenai kesedihan yang melampau. Aku rindu waktu di mana aku boleh membuat keputusan tanpa rasa takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku rindu waktu di mana aku boleh jadi keras kepala, keras hati sehinggakan orang sekeliling menyangkakan aku seorang yang berhati batu. Aku rindu waktu di mana aku bebas ke mana sahaja, bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja tanpa perlu merasai bahawa semua ini salah. Aku rindu bangun pagi dengan hati yang gembira, sambil memikirkan segala perkara yang baik-baik. Aku rindu waktu di mana aku punya waktu aku sendiri.. 

Waktu mengubah diri seseorang. Samada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Tapi ia mengubah. Ia mengubah aku. Daripada seorang yang tekad, nekad dan kuad  (kuat), kepada seorang yang ragu-ragu, sukar membuat keputusan dan lemah. Aku lemah. Aku lemah dengan keadaan sekeliling yang kian mendesak. Aku terlalu banyak memikirkan mengenai perasaan orang lain, apa yang akan terjadi pada masa hadapan, apa akan terjadi kalau aku memutuskan itu, ini, begitu dan begini. Terlalu takut dengan masa hadapan yang mana aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan masa hadapan tersebut. Aku terlalu dibelenggu rasa bersalah, rasa kasihan pada manusia lain, sedangkan aku lupa tentang perasaan sendiri. Apa akan jadi pada aku nanti, bagaimana aku akan menjalani kehidupan nanti, semua tentang diri aku, aku lupa. Walhal, ia adalah satu perkara yang terpenting yang perlu aku utamakan..

Kebahagiaan akan datang seiring dengan keredhaan. Tapi, jika kau mengharapkan kebahagian itu hadir tanpa keredhaan, kau akan hidup dalam kesengsaraan. Redha. Redha dengan ketentuan dan takdir. Kau akan bahagia. Tapi persoalannya, adakah kau redha dengan apa yang terjadi dalam hidup kau? Adakah kau bahagia? 

Sampai bila kau harus hidup dengan mengejar kebahagiaan dalam kesengsaraan? Kau tahu apa yang kau rasa. Kau tahu kau tidak akan ke mana-mana jika kau tidak berganjak dari tempat kau berdiri sekarang. Kau harus membuat keputusan dan berani membuat keputusan. Hidup ini terlalu singkat untuk kau bazirkan dengan kesedihan dan airmata. Sampai bila? 28 tahun kau hidup di dunia ini, tidak inginkah kau menikmati rasa ketenangan yang sebenar? Rasa di mana kau dekat denganNya, rasa di mana kau tahu hala tuju hidup kau dan kau ingin menggapainya? Tidak ingin kah kau?

Membuat keputusan bukanlah satu perkara yang mudah, at least, bagi aku. Aku sedar kelemahan aku adalah itu. Dan kelemahan tersebut digunakan untuk menentang aku. Mencabar aku. Aku menjadi lemah. Menjadi bersalah dan tidak keruan. Sukar untuk dimengertikan dan terlalu sukar untuk diluahkan. Namun, jika sampai waktu itu, aku pasti, seluruh dunia akan terhenti. Dunia aku dan kamu. Doakan kekuatan aku. Doakan aku.


Salam.. 

Monday, November 16, 2015

Jangan mudah buat konklusi sampah

Assalamualaikum..




Orang memang suka membuat konklusi hanya berdasarkan kepada gambar. "Wah, sedapnya dia makan, mesti orang kaya gila", "ish kereta dia besaq nyaaa, mesti gaji berpuluh puluh ribu", "wah, kerja loyar, gaji mesti sedap", "happynya nampak dia dengan semua orang dalam gambaq, tak pernah nampak tak happy, bahagianya dia ye dakkkk", blablabla. 

Biasalah manusia kan. Mereka hanya boleh mengagak, membuat kesimpulan tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menghukum jika gambar-gambar tersebut mempamerkan pelbagai jenis reaksi dan aksi dan metamorphosis. ha hamek kau. 

Tapi hakikatnya, tiada seorang pun yang tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kehidupan kau sehari-hari. Reality sucks! Eh tetiba.. Nak marah pun tak boleh, sebab siapa suruh kau upload gambar kat alam maya ni? Orang lain punya suka lah nak fikir apa pun kan.. So, why bother, why bother? -,-

Tak kisahlah apa orang nak fikir kan.. Cuma, kadang-kadang rasa geram ja bila orang yang sebok dok fikir tu, datang kat kita dan luahkan apa yang dia fikir. Macam, "kau pehal main cakap je. Diam-diam sudah". Haa. Macam tu. Kalau kau nak judge orang, kau judge kau sorang je. Jangan ar pi kat dia pastu dok cakap macam-macam. Kena siku satg baru hang tau. Geram!




Sunday, November 8, 2015

Hai November!

Assalamualaikum,


9 November 2015. Awal aku masuk office harini. Keluar awal sebab nak ikut nasihat Menteri yang suruh kita keluar rumah awal untuk elak Tol. Tapi kite ni, kalau keluar rumah pukul 3 pagi pun kena juga lalu tol. So, nasihat tu macam tak kena je.. Eh. Takpelaa.. Dah biasa dengan kenyataan Menteri-Menteri sekarang. Semua bijak-bijak. 

Harini tak ada apa nak update sangat pun. Cuma pagi-pagi tadi, sebelum pergi kerja tetiba rasa sebak. Nangis pulak tu. Kahkahkah. Kuat drama sungguh. Tah hape hape. Ada la tu kekadang tetiba datang angin monsoon tropikana utara singgah kat Malaysia. 

Nak buat macamana. Nak luah, tak terkeluar. Lagipun tak tahu nak cakap apa pun. Tak terfikir ayat. Blur. Macam monitor yang tiba-tiba terpadam sendiri. Goyang-goyang dengan mouse pun dia hitam je. Haa macam tu lah diibaratkan. Bila dah letih tangan ni goyang mouse sampai rasa nak campak mouse tu ke monitor tu, barulah ada keluar cahaya biru. 

Macam tu lah aku. Bila dipaksa-paksa cakap, aku diam. Sampai satu masa, baru rasa nak bercakap, nak meluahkan. Selagi tak sampai masa tu, kau tanya lah tonggang terbalik pun aku tetap diam.. Nasibla..

Alright. Nak sambung minum Nescafe. Mata dah pedih ni. Sebelum aku ke Surau, baik aku minum kopi dulu. Kalau tak, Zohor aku alamatnya pukul 11 lah. Kihkih.


Oh ya. Semalam pergi jumpa adik kat Matic Street Arts Festival KL. Bajet ala-ala hipster konon. Tapi, macam chipster je.kahkah. Okay bye!