Disaat aku menulis di sini, ketahuilah bahawasanya aku kini telah tidak mampu untuk menampung segala kedukaan yang membenam di jiwa. Ketahuilah bahawasanya aku kini tidak lagi mampu untuk berselindung disebalik senyuman, gelak tawa dan wajah manis di hadapan semua manusia yang ada disekeliling. Juga, ketahuilah bahawasanya aku sudah tidak mampu untuk memendam segala rasa pahit dan sakit yang setelah sekian lama mengguris hati ini..
Telah puas aku cuba untuk melawan segala jenis perasaan itu.. Semua itu tidak baik untuk diri aku. Dan telah puas aku cuba untuk tidak berfikir dan menangis sendirian, sedangkan aku tahu tiada siapa yang peduli. Ya Allah, sekiranya ini dugaan yang harus aku hadapi di dunia ini, aku redha. Aku pasrah.. Aku bersyukur, Ya Allah..
Apa lagi yang harus aku lakukan di dunia ini selain daripada bersabar dan bersabar? Sakitnya, lukanya hati aku ini.. Bagaimana hendak aku luahkan perkataan "sabar" itu bilamana diri ini tidak lagi dapat menanggung beban yang banyak?
Kenapa Ya Allah. Kenapa aku yang Kau pilih untuk hadapi semua ujian ini? Kenapa mesti aku yang Kau pilih? Alangkah bahagianya jika aku dapat bertemu denganMu agar aku dapat tanyakan soalan seperti ini, agar aku tahu sebabnya. Agar aku tahu jawapannya. Agar aku tidak lagi tertanya-tanya.
Mengapa manusia itu sifatnya sungguh kejam? Mengapa manusia itu tidak punya hati dan perasaan? Mengapa manusia itu zahirnya baik, tapi bukan hatinya? Dan mengapa, aku yang dipilih untuk berhadapan dengan manusia seperti itu?
Kenapa aku dibiarkan berterusan tanpa adanya halangan untuk aku tidak lagi terikat dengan manusia seperti ini? Hidup seperti ini? Kenapa aku harus menjalani setiap detik dalam keadaan aku yang tidak lagi mampu untuk melakukan apa-apa? Di mana segala kekuatan aku selama ini? Ke mana perginya sifat aku yang dulu.. Kenapa aku membiarkan manusia ini menindas dan mempergunakan aku demi kepentingan peribadi masing-masing?
Sampai bila aku harus menanggung semua ini? Sampai bila, ya Allah?
Ya Allah, berilah aku petunjuk dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Agar aku dapat keluar dari segala kesakitan ini.. Tiada apa lagi yang aku harapkan di dunia ini, melainkan untuk bebas dari semua ini..
No comments:
Post a Comment