Assalamualaikum...
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam..
Moga Ramadan kali ni memberikan seribu barakah dan keberkatan pada diri semua.
Termasuk saya..
Moga segala amal ibadat diterima Yang Maha Esa..
Moga segala doa dan rayuan dimakbulkan oleh-Nya..
Moga segala dosa dihapuskan dan dimaafkan oleh-Nya..
Moga segala taubat diterima..
Maaf andai ada salah dan silap..
Moga hati makin kuat..
Salam Ramadan..
Wednesday, June 17, 2015
Friday, June 12, 2015
Apa nak buat...
Assalamualaikum...
Hendak ku nangis... Tiada.. Berair mata...
Hendak ku senyum.. Tiada.. Siapa nak teman...
Kalaulah nasib.. Sudah tersurat...
Begini hebat..
Apa nak buat..
Hendak ku nangis... Tiada.. Berair mata...
Hendak ku senyum.. Tiada.. Siapa nak teman...
Kalaulah nasib.. Sudah tersurat...
Begini hebat..
Apa nak buat..
Wednesday, June 3, 2015
Kifarah
Assalamualaikum...
Balasan Tuhan tu ada pelbagai cara.. Pelbagai rupa.. Ada yang kita boleh nampak, ada yang tidak. Macamana kita nak tahu? Instinct. Bila hati kau rasa, 'mungkin ini lah balasan Tuhan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan dahulu'.
Dulu, kau seronok mainkan perasaan orang, kau kata sayang, cinta.. Tapi hakikatnya? Penuh muslihat.
Dulu, kau kata, 'ala, baik aku tinggalkan saja dia. Bukan dia boleh buat aku bahagia pun. Tu, ada sorang lagi tengah terhegeh-hegeh kat aku. Ajak aku kahwin. Tengok macam kaya je. Baik aku pergi kat dia'. Bukan main nafsu kau menggila.
Dulu, kau bercinta dengan si dia. Kau bermain kata cinta dengan orang lain. Kau menipu sana, menipu sini. Bila kantoi, kau gelabah. Kau 'create' sebanyak mana alasan, kau berlakon mengalahkan Emma Maembong, kau menangis kononnya kau lah mangsa godaan orang lain. Gila.
Sekarang,
Bila kau dah mula sedar. Ya, kau berubah. Cuba untuk istiqomah. Tetapi.. Kau lupa. Kifarah. Kau ingat, bila kau dah berubah, kau akan kecapi kebahagiaan yang tiada berpenghujung. Kau lupa kesakitan orang lain akibat perbuatan kau dulu. Semua tu tidak semudah dan secantik yang kau gambarkan..
Sayang..
Walau sekuat mana pun kau cuba untuk melupakan segala kenangan hitam masa lalu kau, semakin kerap kenangan tu datang dalam minda kau. Ia akan terus dan sentiasa menghantui hidup kau, walau di mana kau berada dan dengan siapa kau bersama.
Dan kini,
Baru kau mengerti. Segala apa yang kau lakukan seperti tidak bermakna. Kau rasa kosong. Kau rasa sunyi.. Kau rasa terpinggir. Kurang perhatian. Kurang kasih sayang. Kau menangis melihatkan bagaimana orang di sekeliling melayan kau. Kau rasa tidak dihargai. Kau rasa tidak bahagia dengan apa yang kau ada sekarang.. Kau kini tidak ubah seperti manusia yang hilang arah.
Sehinggakan,
Kau berkata pada Tuhan,
Mungkin inilah balasan untuk aku. Mungkin rezeki untuk aku kecapi nikmat kebahagian di dunia ini tiada.. Bukan rezeki aku. Bukan hak aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)