Tuesday, May 26, 2015

Monday, May 25, 2015

Dosa, Taubat, Janji dan Mungkir.

Assalamualaikum...




Dalam hidup ni berapa kali kau orang solat Taubat? Sekali? Dua kali? Setiap kali buat dosa? Setiap kali selepas tersedar yang kau telah berdosa, atau, tak pernah walau sekali pun walaupun kau orang buat dosa?

Dan,

Selepas kau orang solat Taubat, adakah kau orang berhenti daripada melakukan dosa-dosa tersebut? Atau, masih mengulangi dosa yang sama? Atau kau 'create' dosa yang baru?


Kita manusia takkan terlepas daripada melakukan dosa. Kerana apa? Kerana kita bukan maksum. Kan?

Tidak kira lah berapa banyak kau solat Taubat, mohon ampun pada Allah dan berjanji tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut, kau akan tetap, (aku tak tahu lah orang lain, mungkin siapa yang terbaca entri ni tak terasa ke, terpulang) melakukan dosa ataupun dosa-dosa, tidak kiralah apa jua jenis dosa yang kau tafsirkan mengikut citarasa kau sendiri.

Dan selepas itu, kau akan tersedar dan mohon ampun lagi pada Allah.. Entah untuk kali keberapa..

Juga, selepas kau penat menangis meratapi segala dosa yang telah kau lakukan, dengan harapan agar Allah menerima taubat kau, berjanji tidak akan mengulangi dosa tersebut..

Kau fikir, Allah percaya dengan janji-janji kau? Setelah kau ingkari entah keberapa kali?

Kau hiduplah dengan segala pertanyaan kau itu.. Dan hiduplah dengan penuh rasa kekesalan... Bagi aku, walau berapa ribu kali kau bertaubat dan berjanji, kemudian mungkiri, kemudian bertaubat lagi, dan berjanji lagi.. Allah akan tetap mengampunkan dosa kau. Aku percaya tu.. Kerana, aku akan sentiasa bersangka baik pada Allah. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun..

Tapi, buat masa ni.. Rasailah segala kekesalan dan cubalah untuk mencari ketenangan agar satu hari nanti kau akan temui jawapan yang pasti bahawa Allah telah mengampunkan dosa-dosa kau.


Sunday, May 17, 2015

Hidup hanya dengan kerja

Assalamualaikum...


Lama sungguh tak blogging. Last aku tengok entri, it was on March. Teruk, teruk.. Kehidupan semakin rumit sekarang.. Kerja semakin mencabar.. Selalu balik lewat malam.. Boleh dikatakan bulan lepas dan bulan ni aku seperti orang yang tiada arah tujuan. Balik lewat sampai pukul 2 pagi pun ada.. Hidup hanya dengan kerja.. 

Balik kampung dah jarang sangat. Maybe sebulan sekali? Kalau dulu, ada lah 2-3 kali sebulan.. Sekarang, tak berapa nak ambil tahu perkembangan semua orang.. Biar mereka uruskan hal masing-masing.. Aku? Hidup hanya dengan kerja..

Fikiran aku tak berapa baik buat masa sekarang.. Banyak berfikir tentang perkara-perkara yang lepas. Perkara-perkara yang menyakitkan hati.. Dosa yang telah banyak aku buat.. Taubat? Sudah.. Apa lagi? Entah.. Dosa baru? Mungkin.. 

Hati semakin tidak tenang.. Jiwa semakin kacau bilau. Menerawang bila ada peluang.. Fikirkan mengapa semua ini terjadi. Adakah kerana keizinanNya? Mengapa diizinkan perkara begitu?

Bersangka baik dengan Tuhan.. Ya.. Sudah semestinya.. Tapi.. Hati masih inginkan jawapan.. Tak salah, kan ?

Kerana terlalu banyak menanggung hal-hal yang tidak sepatutnya, hidup jadi tak menentu.. Semua benda kadang-kadang aku sapu. Ye, sapu.. Sapu habis.. Hinggakan aku tak dapat bezakan mana yang baik mana yang buruk.. 

Dan kerana tidak tahan menanggung semua tu, aku kini.. Hidup hanya dengan kerja..

Aku nak buang semua kenangan yang menyakitkan.. Tak tahu nak gelar ia kenangan atau pengalaman. Yang aku tahu, aku gagal untuk melupakan.. Dan ianya kini, memakan jiwa aku..

Pada siapakah harus aku ceritakan semua ini? Tiada sesiapa di sekeliling aku yang boleh aku percayai dan harapkan.. Terlalu berat dan sakit untuk aku menanggung seorang diri. Senyum, ketawa sudah tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuk aku. Aku masih menangis.. Aku masih menjerit dalam hati.. Aku masih hilang dalam dunia yang kian kejam.. 

Apa harus aku lakukan?