Thursday, February 26, 2015

Senyum

Assalamualaikum..

Pagi datang office kenalah semangat sikit. Lebih-lebih lagi hari ni hari Jumaat. Hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Walaupun kerja tengah banyak sekarang, tapi janganlah sampai efek mood kita.. Dan... Walaupun hati tengah susah dan bergolak golek, tetap senyum dan kata dalam hati "all is well. all is well". 

Harini nampak gayanya aku balik malam lagi lah.. Nak kena prepare draft submissions. Haih.. Dah seminggu aku buat draft ni. Lama bak hang.. Buat research dah makan masa. Nak kembangkan isu pun makan masa. Nak cari sources lagi la makan masa. Harini baru nak start merangka. Udoh penin nak nyusunnye kome. Tapi takpe.. Kita buat apa yang kita mampu. Kita bukan orang pandai.. Nak buat gempak2 kita tak reti sangat.. Sobs.. 

Okaylah. Nak bebel panjang panjang lagi nanti tak cukup masa. haha. Tadi dah melayan Kak Siti Hotijah menangis. Dah bazir 15 minit.. Kesian dia.. Tak pernah aku tengok dia menangis sepanjang aku bekerja di ZYA ni. Haihh. Takpela.. Biar siapa yang buat dia menangis tu sedar dan minta maaf balik kat dia. 

Baik. Aku akan tamatkan entri pagi ini dengan satu rangkap pantun:-

Pergi ke pejabat naik kereta
Minyak habissss.. 

Krik.Krik.Krikkkkk..

Ok bai. 



Hai

Assalamualaikum..


Hai.

Hehe.. Rasa nak tergelak je. Haritu ye ye je nak delete blog and stop writing. Kononnye lah. Lepas tu baru2 ni rasa nak blogging semula. Menjadi-jadi rasa tu. Tapi kalau boleh taknak guna blogspot dah. Wanted to try something new. So, pegi lah buat blog kat wordpress. Buat buat lepas tu post 1 entry, dia tak keluar kat website. Pusing sana pusing sini. Lama jugak lah nak buat benda tu semua. Pening punya pening. Ah, malas lah guna wordpress ni. Payah sangat. Seriously. Geram je rasa sebab aku tak ada masa nak godek semua tu. Ingatkan kalau dah create account tu dah boleh menulis lepas tu terus post. Ni, ada schedule lah apa lah. Stress pulak rasanya. Tup tup. Nahhhh.. Blogspot juga yang menjadi. Haha. Jadinya, inilah blog kedua saya. Blog lama udah dibuang kok. Enggak ada lagik di muka bumi inikkk..        >.<

Tapi kenapa aku buang? Sendiri tanya, sendiri jawab. Jawapannya adalah sebab di blog lama tu ada banyak sangat kisah silam. Nak delete satu satu leceh. Walaupun terdapatnya banyak kenangan yang lainnya pun adoi. Tapi susahlah. So, ambil keputusan yang nekad dan tekad dan taat. Maka aku putuskan untuk mendelete blog ittew. Dan mula muku buku baru. Tadaaaa.. Habis dah followers semua takde. Apa pun takde. But it's okay. I wanna keep it that way. Simple. Just like the owner ;)


Okay. Lega dah ada blog baru.. Bye! :)