Saturday, May 21, 2016

Lemah.

Assalamualaikum,



Jam sudah menunjukkan pukul 10:09 pagi. Aku baru bangun. Lemah kaki melangkah ke dapur. Bancuh secawan nescafe, kemudian tengok apa yang kawan-kawan update di Facebook dan sebagainya. Setiap hari aku akan lihat perkara yang hampir sama, iaitu mengenai anak-anak. Haihh.. Bosan juga kadang-kadang. Tapi takpa larrr.. Itu hidup mereka, yang aku nak sibuk-sibuk kenapa, kan?

Itu bukanlah apa yang aku nak cakapkan sebenarnya. Semalam, satu hari aku terlantar di rumah. Aku bangun lewat, hampir jam 1 tengahari. Kemudian, dengan kepala yang berpusing-pusing, aku ke dapur. Ku ambil sebakul baju kotor dan ku basuh. Terasa badan semakin lemah. Aku duduk, dalam hati ingin masak lauk ayam masak merah kegemaran adly. Aku rasa seperti nak pengsan. Aku berjalan lemah ke sofa. Aku baring di lantai. Aduh.. Kenapa pula rasa macam ni. Sakit-sakit satu badan. Rasa tidak bermaya. Mengalir air mata kerana merasakan kesakitan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. 

Sehingglah malam. Selepas Adly pulang dari kerja kira-kira jam 12:00 pagi. Risau dia melihat aku.

Dan aku.. Hanya mampu melihat matanya dengan kesedihan.. 

Friday, May 20, 2016

Sekali lagi..

Assalamualaikum,









18.5.2016

Hari ini,

Sekali lagi aku tewas dengan perasaan.

Sekali lagi aku hilang dalam kedamaian.

Sekali lagi aku leka dalam setiap detik indah kenangan.


Sunday, May 15, 2016

Hujan. Dan Aku.

Assalamualaikum,




Hujan. Dan Aku. 

Titisan air hujan yang merembes ke dalam jiwaku.
Memercik laju, deras membaluti tubuhku.
Aku lemas. Tidak bisa bernafas.
Lalu rebah bersama sisa-sisa titisan hujan.

Aku bangun. Sambil ekor mata meliar ke satu arah, satu posisi yang terpencil sepi.
Menjeling ke arah dahan-dahan pokok yang menjalar di sebalik semak samun. 
Bingit. Bunyi hujan kian menderas. Bila mendongak, terasa seperti ditampar hidup-hidup.

Sambil aku berjalan di dalam kegelapan malam, dibaluti hujan dan angin malam yang mencengkam kulit.
Sakit. Ketakutan yang kian mendalam, rakus menembusi kotak fikiran. Mata masih meliar ke arah itu. Bibir kian gementar, cuba menjerit.. Ditelan arus hujan yang mengganas. Disambut petir dan suara halus makhluk-makhluk ganjil di hutan.

Aku terdiam. Hanya mampu memerhati dengan mata yang terbuka, namun sia-sia. 
Kupejam erat mata itu, ku cuba dengar dengan hati. Bukan dengan telinga. Kurangkul tubuhku sendiri. Kuusap rambutku sendiri. Kubuka balutan tangan yang membaluti tubuhku. Perlahan-lahan, aku berjalan, mendekati ke satu arah, satu posisi yang terpencil sepi. 

Aku terus berjalan. Mata hati kian terbuka. Pandanganku kian jelas. Tidak lagi kabur. Hujan yang menderu tidak sedikitpun menggoyahkanku. Petir, guruh yang berdentam dentum, gagal mengheretku ke lembah ketakutan. Langkah dihayun semakin pantas. Laju, dan laju lagi.. Sambil mata terpejam, hati terbuka. Aku sampai di situ. Ya.. Di situ. Dan masih lagi hujan.



Friday, May 13, 2016

Tercari-cari..

Assalamualaikum,








Ada beberapa pembaca misteri blog ini pernah bertanyakan soalan pada aku, "kenapa aku gemar menulis perkara-perkara yang sedih?" "Adakah ianya berkait rapat dengan hidup aku? atau, sekadar penulisan yang dibuat-buat saja?" Well, aku katakan "penulisan" (walaupun perkataan penulisan itu lebih menjurus kepada perkara subjek berbentuk akademik dan/atau seperti novel) kerana.. Suka hati aku lar nak guna perkataan apa pun!

Eh hemm.. Entahlah labuu. Aku buka kepada pelbagai interpretasi, imaginasi dan tanggapan kamu semua. Aku malas nak explain. Sebabnya, aku tak minat nak memberi penerangan mengenai apa yang berkait rapat dengan hidup aku. ataupun tak. Boleh jadi, ianya betul, dan boleh jadi, ianya cuma rekaan semata-mata. Jadi, terpulanglah pada konsep pembacaan kamu semua. Ok?

Hidup ni, biasalah. Macam air laut. Ada pasang, ada surutnya. Kadang-kadang, ia berombak. Bila hari hujan, ombak mengganas. Bila hari cerah, cuaca baik, ombak akan menghempas lembut ke pantai. Begitulah hidup. Terpulang pada diri kita sendiri, bagaimana kita nak uruskan hidup kita. Kalau kita paksa sesuatu perkara bilamana keadaan pada masa itu berombak deras, hujan dan petir, sesuatu perkara itu takkan pernah berhasil. Malah, keadaan akan jadi lebih rumit. Sukar, hingga menyesakkan dada. Bagaimana pula jika kita sendiri tidak pandai untuk menguruskan hidup? Hingga menyebabkan pihak ketiga campur tangan? Orang luar? Orang asing?? Disaster, man. 

Orang yang macam ni, dia adalah sejenis yang tidak pandai untuk membuat keputusan. Dia takut dengan impak kepada keputusan yang dia buat atau bakal buat. Dia lemah, berfikiran negatif hingga menjejaskan kehidupan orang lain. Dia rasa diri dia sering terperangkap dalam satu dunia yang gelap. Kosong dan tidak mempunyai bunyi. Sama seperti fikirannya. Walau apapun yang cuba dilakukannya, sebagai contoh, berlagak seperti dia berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu rancangan, atau bijak dalam mengatur sebuah perlawanan. Namun hakikatnya, dia kosong. 

Dia seperti tercari-cari.. Meraba-raba di dalam kegelapan. Mencari bunyi atau suara yang boleh dia bergantung harap. Namun, tidak pernah berhasil. Sehingga dia merasakan, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia menyerahkan nasib. Adakah ini takdir hidupnya? Mungkin. Segalanya telah tertulis, kan? 

Apa yang kau tercari-cari, haa?? 


Tuesday, May 10, 2016

Akhirnya...

Assalamualaikum,


Awal bulan 4 haritu, aku tekad nak berhenti kerja di firma aku berkhidmat sekarang. Setelah puas aku berfikir, menimbangkan pelbagai perkara, family, gaji, hutang, masa depan, dan sebagainya, aku nekad untuk menghantar surat peletakan jawatan dan serahkan pada kedua-dua bos aku. Masa tu, aku rasa, inilah jalan yang terbaik yang perlu aku lakukan.. Demi untuk kehidupan yang lebih cerah di masa hadapan.. Eh. Macam biasa dengar je ayat tu?

Sudah pasti pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada bos-bos akan sebab kenapa aku nak resign. Biarlah aku simpan segala rasa yang terpendam demi kebaikan semua pihak. Aku tak ingin keluar dalam keadaan genting, tegang, dan benci menguasai diri.. Biarlah. Walau apapun yang telah terjadi sepanjang karier aku di sini, aku redha. Walau sakit hati. Kita maafkan, tapi kita tak lupa.. Nanti kena lebih berhati-hati di masa hadapan, tentang banyak perkara.. 

So, apa perasaan aku sekarang? 

Honestly, aku blank. Ada kalanya, aku rasa nak stay, ada kalanya, aku rasa nak blah sangat-sangat. Tapi most of the time, memang aku nak blah sangat-sangat. Aku cuma menunggu masa, cuba melakukan kerja dengan sebaiknya sehingga hari terakhir aku di sini. Taknak kompromi. Semua itu hanya kata-kata dan janji-janji palsu semata-mata mahu mengikat. Aku tak mahu lagi terikat dengan apa-apa janji. Semua itu menyusahkan hidup aku. Aku berhak untuk membuat keputusan dan menentukan arah tuju kerjaya aku.

Hati dah tawar. Tak ada rasa apa-apa. Mungkin kesan daripada perlakuan mereka? Hmm.. Kesabaran manusia ada hadnya. Mungkin sebelum ini, aku masih boleh bertolak ansur, lembut hati dan bersabar. Sebab apa? Sebab kesabaran aku masih berada di tahap yang boleh dikatakan rasional dan boleh bertolak ansur. Tapi sekarang, cakaplah apa sahaja, janjilah apa sahaja.. Aku takkan sesekali berpaling daripada keputusan yang telah aku buat. Enough is enough. 

Adakah aku sudah mempunyai perancangan?

Jujur aku katakan, aku tidak memohon mana-mana syarikat pada waktu ini. Adalah beberapa tawaran temuduga yang aku terima, dan kebanyakannya aku tolak kerana kekangan waktu. Aku tidak mempunyai masa untuk menghadiri kesemua temuduga tersebut walaupun bayarannya lumayan. Sebab apa? Sebab aku masih fikir tanggungjawab aku di sini walaupun dianiaya berkali-kali!

Jadi, aku tidak mempunyai apa-apa backup lepas aku berhenti dari sini. Cuma, ada beberapa perancangan tentang beberapa perkara yang aku sendiri masih belum pasti. Entahlah.. Serabut perut. Mana nak fikir pasal duit, mama, kampung, hutang, diri sendiri.. Sighhh.. 

Tapi takpa, aku takkan sekali-kali mengalah dalam hidup. Walaupun aku kerap mengalami depresi, namun aku tetap bangun dan meneruskan hidup aku, kerna apa? Kerna DIA masih izinkan. Walaupun banyak dosa aku lakukan, namun DIA masih izinkan aku untuk bertaubat. Aku percaya, rezeki Allah itu pasti. Yang penting sekarang, berhenti dan move on! 

Kan? Semoga segala perancangan berjalan dengan baik dan lancar.. Amin..