Sunday, October 25, 2015

Selfish

Assalamualaikum,

Harini 26.10.2015. Hari Isnin. Bersamaan 13 Muharram 1437H. 

Kenapa dengan hari ini? 

Tak ada apa-apa pun. Saje je. Mukaddimah. Kah.

Pagi ni aku di office je. Tengah hari nanti baru keluar ada meeting dengan client. Bosan sikit. Biasalah, Isnin. Padahal kerja menimbun. Well, procrastinate is a must! 

Dan.. Sementara nak tunggu mood kerja tu datang, aku singgah di sini. Tempat biasa lepak. Kat sini je aku rasa tenang dan lapang.. Hmm.. Sebenarnya, aku kecewa dengan sikap sesetengah orang. Some people are so weird and funny. When they wanted to express their anger, sadness and anything that has connection with the former, they just expressed it without even thinking what others might think. They cried, screamed like s%$& and expect others will comfort them and hug them like a baby. And we, as the person yang dia cari untuk luahkan segala masalah dan tekanan dan kesedihan dia yang kononnya melampau, hanya mendengar dengan penuh sabar tanpa rasa terbeban sikitpun. Tapi, bila kita pula yang rasa nak menangis, nak marah, nak terasa. Their reaction be like, "eyy, tak yah nak tacing sangat lah", "takyah nak sedih-sedih, orang lain pun ada masalah, bla. bla bla".

Why? Selfish kan? Itulah yang sering aku alami.. Bila orang meluahkan segalanya pada aku, aku dengar, aku pujuk, aku cuba membantu apa yang boleh. Tapi, bila tiba masa kesusahan aku, kesedihan aku.. Mereka dengan mudahnya, tidak mahu mendengar dan terus menyuruh aku untuk tidak meluahkan apa-apa, terasa dengan siapa-siapa dan sebagainya. Kenapa? Adakah aku tidak berhak untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati ni? Adakah aku tidak berhak untuk mendapat perhatian sebagaimana kamu semua dapat? Tidak berhak kah aku??

Mungkin.. Kau pun tahu. Dan, kau sengaja tak mahu ambil tahu kerana kau tahu, kau berhak ke atas semua rasa itu. 

Hmm.

Monday, October 19, 2015

Kita cuba mula baru

Assalamualaikum..


Aku dah puas berfikir. Tentang diri sendiri.. Tentang masa depan.. Tentang keluarga.. Ya. Walaupun aku rasa aku akan terus berfikir tentang perkara-perkara ni semua, sebab ianya takkan berakhir. Tapi, buat masa ni, aku rasa cukuplah dengan kesedihan yang aku rasai. Mungkin aku je yang rasa sedih sorang-sorang sedangkan orang lain happy je.. Disebabkan orang lain tak faham masalah aku, aku nak emo. Nak sedih, nak nangis. Eh, come on lah. Wake up! Dah berapa lama kau hidup? Dah berapa lama kau merasai penderitaan berseorangan? Takkan lah kau tak faham lagi! Jangan mudah sentap lah bila orang kata kau dari belakang. Cakap kau tak bagi duit ke apa ke, kan. Mereka semua tahu apa pasal kau? Mereka semua ada masa kau susah? Mereka semua rasa kesakitan kau semasa kau sakit? Mereka semua ada di sisi kau di saat-saat kau memerlukan seseorang di sisi?? Tak ada kan? So? Why bother??

Kau pun tahu dan kau pun sedar yang orang hanya cari kau bila dia memerlukan kau, betul? So, sekarang ni mungkin dia tak perlukan kau. Dia ada ramai orang yang ambil berat pasal dia. Dia rasa dia banyak duit, dia rasa dia boleh bermegah dengan semua tu. Dan dia rasa dia boleh je hidup tanpa kau. Biarlah dia nak ambil seberapa banyak masa yang dia nak. Dia rasa bila dia marahkan orang lain, dia boleh lepas kat kau. Sebab kau tu dasar budak lembek! Memang padan lah dengan apa yang kau dapat sekarang. 

Jadi.. Setelah puas aku berfikir (eceh) daripada aku dok meratap menangis macam orang hilang laki, lebih baik aku rileks. Tenang.. Sabar dan usaha ke arah yang lebih baik.. Dan pada orang-orang yang suka buli aku. Suka ambil kesempatan di atas kebaikan aku, aku harap suatu hari nanti dia akan rasa apa yang aku rasa. Aku doakan kesejahteraan mereka semua.. Aku percaya, satu hari nanti mereka akan sedar bahawa disebabkan kepentingan diri mereka sendiri, ada orang yang menderita, ada orang yang sengsara.. :)

Till then, aku rasa lega dapat luahkan di sini. Aku rasa, aku nak jadi bersemangat macam dulu. Berfikiran positif dan senyum je.. Walaupun hakikatnya, hanya Allah swt yang tahu. 

Bye!

Sunday, October 18, 2015

Fikir lagi.

Assalamualaikum,


Heyyy.. Buat apa hari minggu ni? Well, aku macam biasalah, mengemas rumah, basuh baju, makan, lipat baju, layan youtube, facebook, etc. Harini tak keluar mana-mana pun. Bosan juga. Tapi, takpelah. Selalu keluar pun penat jugak kan? 

Aku perasan sejak aku ada blog baru ni, aku selalu post pasal entri yang sedih, nangis, tension, bengang. Eh macam-macam lah. Bukan apa, aku cuma menulis apa yang aku rasa nak tulis. Kalau perkara tu membuatkan aku happy, then I'll blog about it. If not.. Hmm.. Baru-baru ni aku macam sedar tentang banyak perkara. Salah satunya adalah tentang sikap pentingkan diri sesetengah orang. Dia macam, masa aku perlukan kau, aku akan cari kau sampai dapat. Selagi tak dapat, aku akan usaha sampai kau kata "yes". Lepas aku dapat apa yang aku nak, then aku akan tinggalkan kau. Sekejap. Sampai masa aku rasa aku nak kau balik, aku akan cari kau. Dan ianya akan berulang, berulang dan berulang. 

Macam setan kan perangai macam tu? Kau ingat, kau bagus sangat eh? Mungkin bagus jugak lah. Kalau tak, takkan lah orang tu biar je diri dia diperbodohkan, kan? 

Haihh.. Apa lah yang aku merepek ni? Entahlah. Fikir pasal benda tu pun boleh ambil masa sehari suntuk, tau. Mungkin sebab baru sedar yang kau kena buli. Dan orang tu sebenarnya tak peduli pun tentang apa yang kau lalui, apatah lagi perasaan kau. So, kenapa kau nak layan lagi dan masih mencari-cari orang yang macam tu? Haaa.. Jangan kata sebab kau minat? Suka? Sayang? That's nonsense! But, what if everything that come across your mind is true? Kalau tak, takkan lah kau biar je kan? 

Takkan lah, kan?

Haa.. Fikir lagi? 

Blerghhhh!

Thursday, October 15, 2015

Di sebalik senyuman itu..

Assalamualaikum..


Dah hampir seminggu aku rasa tak menentu. Sedih, marah, merajuk, geram. Ye, mungkin faktor hormon orang perempuan. Biasalah tu. Cuma kali ni, aku rasa sedih yang amat. Tiba-tiba, aku rasa macam putus asa dengan semua yang aku sedang lalui sekarang. Aku penat. Kecewa dengan layanan orang terhadap aku. Expectation. Ya. Ibubapa punyai expectation yang tinggi terhadap anak-anak. Mereka rasa, bila anak-anak dah kerja, dah ada duit sendiri, mereka mampu untuk memberi apa saja yang ibubapa inginkan.. 

Aku teringat masa sebelum aku mula bekerja dahulu. Masa di mana aku berhempas pulas mencari rezeki untuk menyara kehidupan di kotaraya ni. Aku memang orang susah. Menyendiri di satu dunia yang penuh dugaan dan pancaroba. Kalau aku tak kuat menempuh dunia yang begini, aku akan mati. Tewas dalam kekejaman manusia. Adanya aku sekarang ni, bukanlah disebabkan betapa kuatnya aku dalam menempuhi dunia yang tak mengenal erti susah, tak mengenal erti kemanusiaan. Adanya aku sekarang ini, adalah disebabkan oleh pertolongan dan perlindungan yang diberikan oleh Sang Pencipta. Dia lah yang telah menjaga aku, memberi aku kekuatan luar biasa selama hampir lapan tahun aku di sini. 

Aku pernah menghadapi pelbagai dugaan. Aku pernah diganggu dan dikasari oleh pendatang asing yang cuba mengambil kesempatan. Aku juga pernah dipukul oleh manusia yang kononnya menyayangi diri ini. Aku pernah dicemuh, dihina kerana tidak punya wang. Mengharap belas ihsan orang lain. Aku pernah, dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar yang hanya mengharapkan wang pinjaman ptptn, dicaci maki kerana tidak mampu untuk memberi belanja kepada ibubapa di kampung. Malah, masih meminta jika sudah tiada apa. Aku tahu, masih ramai di luar sana yang hidupnya lebih susah dari aku. Ya, masing-masing punya cerita. Ini cerita aku. 

Pegangan aku pada masa itu cuma satu. Aku tekad, aku akan buktikan pada mereka semua yang aku akan beri apa yang mereka mahukan. Aku belajar siang dan malam agar aku dapat keputusan yang cemerlang. Saban hari, dalam terang ataupun gelap. Dalam tangis dan ketawa, aku menyendiri. Aku sabar. Hari demi hari aku jadi lebih kuat. Aku tak peduli apa orang kata. Mereka bukan aku. Mereka tidak kenal siapa aku. Aku lakukan semua ini, bukan kerana aku mahu. Tapi kerana itu sahaja peluang yang aku ada. Belajar, atau aku hidup merempat. 

Pada masa itu, aku bukanlah seorang perempuan yang ingat Tuhannya setiap hari. Aku tak solat. Aku puasa, tapi aku jarang solat. Aku hanya berdoa di waktu-waktu tertentu. Pada aku, masa itu Allah ada di hati aku. Kadang-kadang, bila aku bersendirian, aku akan tanya diri aku, kenapa aku tak macam orang lain? Kenapa aku tak solat? Kenapa aku malas? Aku tak ada jawapannya. Tapi, satu hari. Aku terfikir.. Kenapa aku boleh berjaya? Kenapa aku boleh mengharungi kehidupan yang sukar ini seorang diri? Lama kelamaan, aku rasakan bahawa semua ini datang dari Allah. Dia tahu niat aku datang jauh-jauh, belajar teruk-teruk untuk apa. Perlahan-lahan ia mendekatkan aku pada Dia. Walaupun telah banyak dosa yang aku lakukan, Dia masih melindungi aku. Membekalkan rezeki untuk aku nikmati di dunia ini. 

Sehinggalah aku rasa aku mampu memberi wang perbelanjaan kepada ibubapa di kampung. Mula dengan RM100. Kemudian meningkat, dan meningkat lagi mengikut jumlah kenaikan gaji yang aku terima. Sehinggalah sekarang.. Aku tidak pernah gagal memberikan mereka apa yang aku dapat. Hasil titik peluh aku siang dan malam bekerja. 

Namun.. Dalam pada aku memberi, tidak sekalipun aku mengharapkan apa-apa daripada mereka. Cukuplah ucapan terima kasih dan doa untuk aku. Kenapa? Kerana aku kini dalam keadaan yang semua orang tidak tahu. Semua orang tidak nampak. Ya. Aku masih seperti dulu. Pergi kerja, balik kerja, jumpa kawan-kawan. Pada dasarnya, semua nampak elok. Semua nampak biasa. Tapi.. 

Jauh di sudut hati kecil aku ni, aku sedih. Aku kerap menangis mengingatkan semua peristiwa yang terjadi. Aku mengharapkan mereka memahami keadaan aku. Sudah aku jelaskan mengapa aku jadi seperti ini sekarang. Tapi, aku silap. Siapalah aku untuk mengharapkan belas ihsan orang lain, walaupun daripada keluarga sendiri. Tiada siapa yang mendengar. Tiada siapa yang memahami. Apa yang aku harapkan daripada orang-orang yang aku sayang, semuanya sia-sia. Aku jadi bersalah. Aku jadi punca. Orang kata, wang bukan segalanya. Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Benarkah? Mungkin itu cuma pada pandangan aku sahaja. Pada pandangan orang lain, wang adalah segalanya. Kau miskin, kau duduk di bawah. Kau tak mampu memberi duit, kau diketepikan. Dihina dan dikeji. Untuk kali keberapa aku pun tak pasti.

Mudahkan? Aku pernah berada di bawah. Kemudian aku bangun naik ke atas. Aku kuat dan semakin kuat. Tapi.. Sampai satu masa, aku jatuh. Masa tu, tidak ada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan. Aku kecewa. Aku menangis sepuasnya. Aku rasakan dunia yang aku hidup sekarang menentang aku. Membalas semuanya pada aku. Aku rasa aku tidak punya apa. Keluarga, bahkan si dia. Terlalu berat beban yang ada di belakangku sekarang. Aku seperti tak mampu untuk menampung beban tersebut. Semakin hari, aku jadi semakin lemah. Semakin tertekan. Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Seperti sekarang. Di mana semua orang tatkala aku jadi macam ni? 

Aku hanya mampu senyum dan ketawa di hadapan semua. Aku pandai berpura-pura bahagia. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu. Dia yang menjadi pendengar setia aku. Dikala aku pulang ke rumah dalam kegelapan malam, Dia lah yang menemani aku. Di kala aku memerlukan pujukan, Dia jugalah yang memujuk aku. Dan dikala aku mencari kekuatan, Dia lah yang memimpin aku. Dia tahu siapa aku. Dia tahu kelemahan aku. 

Aku tak mengharapkan orang-orang di sekeliling aku untuk memahami aku. Aku tahu. Semua itu sia-sia. Aku sudah cukup terkilan dengan mereka semua. Aku akan mencari kebahagiaan aku sendiri. Aku akan berusaha selagi aku mampu. Selagi aku punya kekuatan. Pada kamu semua, yang telah menitiskan airmata aku. Yang telah banyak menyakitkan hati aku. Membuat aku sedih.. Aku mendoakan yang terbaik untuk kamu. Jangan sekali-kali kamu semua rindukan aku bila aku tiada nanti. Aku ingat semua yang telah kamu lakukan. Terima kasih kerana menyedarkan aku. 


Wednesday, October 14, 2015

Kenapa?

Assalamualaikum..


Kenapa?
Kenapa kau boleh rileks sangat?
Kenapa kau boleh buat tak tahu sedangkan orang lain tengah menderita?
Kenapa kau boleh senyum, gelak ketawa, buat lawak bodoh sedangkan orang lain tengah terkekan?
Kenapa?
Kau gila ke apa?


Sunday, October 11, 2015

8.10.2015

Assalamualaikum..







8.10.2015
Cuba melakukan sesuatu yang boleh memberi aku 'kredit' di akhirat kelak. 




Sampai bila?

Assalamualaikum..


Pernah tak, bila kau cuba pejam mata, kau rasa tegang.. Bingit di telinga.. Sampai kau rasa sakit yang amat? Kau tidur, tapi otak kau tak mahu berhenti daripada berfikir.. Tak mahu berhenti daripada menangis.. Tapi kau pejam mata. Kau rasa kau mimpi, tapi sebenarnya tak. Fikiran kau 'struggle' untuk mengingati apa yang telah terjadi. Walaupun kau kata "STOP!" "CUKUP!" "AKU NAK TIDUR!!" Namun tetap gagal. 

Akhirnya, kau bangun dalam keadaan yang tidak waras. Terhuyung hayang. Badan sakit, kepala pening.. Kau rasa mata kau seperti berat sangat. Pedih walaupun telah digonyoh berkali-kali. 

Kemudian, dengan langkah yang longlai kau gagahkan juga ke dapur. Kau rasakan tekak kau kering seperti berminggu tidak dibasahi air. Kau duduk. Termenung.. Dan mula berfikir lagi. Kali ini, dengan soalan yang sama:

"Sampai bila?"
"Sampai bila?"
"Sampai bila?"

Dan perkara yang sama berulang kembali...