Tuesday, May 10, 2016

Akhirnya...

Assalamualaikum,


Awal bulan 4 haritu, aku tekad nak berhenti kerja di firma aku berkhidmat sekarang. Setelah puas aku berfikir, menimbangkan pelbagai perkara, family, gaji, hutang, masa depan, dan sebagainya, aku nekad untuk menghantar surat peletakan jawatan dan serahkan pada kedua-dua bos aku. Masa tu, aku rasa, inilah jalan yang terbaik yang perlu aku lakukan.. Demi untuk kehidupan yang lebih cerah di masa hadapan.. Eh. Macam biasa dengar je ayat tu?

Sudah pasti pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada bos-bos akan sebab kenapa aku nak resign. Biarlah aku simpan segala rasa yang terpendam demi kebaikan semua pihak. Aku tak ingin keluar dalam keadaan genting, tegang, dan benci menguasai diri.. Biarlah. Walau apapun yang telah terjadi sepanjang karier aku di sini, aku redha. Walau sakit hati. Kita maafkan, tapi kita tak lupa.. Nanti kena lebih berhati-hati di masa hadapan, tentang banyak perkara.. 

So, apa perasaan aku sekarang? 

Honestly, aku blank. Ada kalanya, aku rasa nak stay, ada kalanya, aku rasa nak blah sangat-sangat. Tapi most of the time, memang aku nak blah sangat-sangat. Aku cuma menunggu masa, cuba melakukan kerja dengan sebaiknya sehingga hari terakhir aku di sini. Taknak kompromi. Semua itu hanya kata-kata dan janji-janji palsu semata-mata mahu mengikat. Aku tak mahu lagi terikat dengan apa-apa janji. Semua itu menyusahkan hidup aku. Aku berhak untuk membuat keputusan dan menentukan arah tuju kerjaya aku.

Hati dah tawar. Tak ada rasa apa-apa. Mungkin kesan daripada perlakuan mereka? Hmm.. Kesabaran manusia ada hadnya. Mungkin sebelum ini, aku masih boleh bertolak ansur, lembut hati dan bersabar. Sebab apa? Sebab kesabaran aku masih berada di tahap yang boleh dikatakan rasional dan boleh bertolak ansur. Tapi sekarang, cakaplah apa sahaja, janjilah apa sahaja.. Aku takkan sesekali berpaling daripada keputusan yang telah aku buat. Enough is enough. 

Adakah aku sudah mempunyai perancangan?

Jujur aku katakan, aku tidak memohon mana-mana syarikat pada waktu ini. Adalah beberapa tawaran temuduga yang aku terima, dan kebanyakannya aku tolak kerana kekangan waktu. Aku tidak mempunyai masa untuk menghadiri kesemua temuduga tersebut walaupun bayarannya lumayan. Sebab apa? Sebab aku masih fikir tanggungjawab aku di sini walaupun dianiaya berkali-kali!

Jadi, aku tidak mempunyai apa-apa backup lepas aku berhenti dari sini. Cuma, ada beberapa perancangan tentang beberapa perkara yang aku sendiri masih belum pasti. Entahlah.. Serabut perut. Mana nak fikir pasal duit, mama, kampung, hutang, diri sendiri.. Sighhh.. 

Tapi takpa, aku takkan sekali-kali mengalah dalam hidup. Walaupun aku kerap mengalami depresi, namun aku tetap bangun dan meneruskan hidup aku, kerna apa? Kerna DIA masih izinkan. Walaupun banyak dosa aku lakukan, namun DIA masih izinkan aku untuk bertaubat. Aku percaya, rezeki Allah itu pasti. Yang penting sekarang, berhenti dan move on! 

Kan? Semoga segala perancangan berjalan dengan baik dan lancar.. Amin.. 

No comments:

Post a Comment