I miss the old me. Sungguh.. Aku rindu waktu di mana aku tak fikir mengenai kesedihan yang melampau. Aku rindu waktu di mana aku boleh membuat keputusan tanpa rasa takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku rindu waktu di mana aku boleh jadi keras kepala, keras hati sehinggakan orang sekeliling menyangkakan aku seorang yang berhati batu. Aku rindu waktu di mana aku bebas ke mana sahaja, bila-bila masa, dengan sesiapa sahaja tanpa perlu merasai bahawa semua ini salah. Aku rindu bangun pagi dengan hati yang gembira, sambil memikirkan segala perkara yang baik-baik. Aku rindu waktu di mana aku punya waktu aku sendiri..
Waktu mengubah diri seseorang. Samada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Tapi ia mengubah. Ia mengubah aku. Daripada seorang yang tekad, nekad dan kuad (kuat), kepada seorang yang ragu-ragu, sukar membuat keputusan dan lemah. Aku lemah. Aku lemah dengan keadaan sekeliling yang kian mendesak. Aku terlalu banyak memikirkan mengenai perasaan orang lain, apa yang akan terjadi pada masa hadapan, apa akan terjadi kalau aku memutuskan itu, ini, begitu dan begini. Terlalu takut dengan masa hadapan yang mana aku sendiri tidak tahu bagaimana keadaan masa hadapan tersebut. Aku terlalu dibelenggu rasa bersalah, rasa kasihan pada manusia lain, sedangkan aku lupa tentang perasaan sendiri. Apa akan jadi pada aku nanti, bagaimana aku akan menjalani kehidupan nanti, semua tentang diri aku, aku lupa. Walhal, ia adalah satu perkara yang terpenting yang perlu aku utamakan..
Kebahagiaan akan datang seiring dengan keredhaan. Tapi, jika kau mengharapkan kebahagian itu hadir tanpa keredhaan, kau akan hidup dalam kesengsaraan. Redha. Redha dengan ketentuan dan takdir. Kau akan bahagia. Tapi persoalannya, adakah kau redha dengan apa yang terjadi dalam hidup kau? Adakah kau bahagia?
Sampai bila kau harus hidup dengan mengejar kebahagiaan dalam kesengsaraan? Kau tahu apa yang kau rasa. Kau tahu kau tidak akan ke mana-mana jika kau tidak berganjak dari tempat kau berdiri sekarang. Kau harus membuat keputusan dan berani membuat keputusan. Hidup ini terlalu singkat untuk kau bazirkan dengan kesedihan dan airmata. Sampai bila? 28 tahun kau hidup di dunia ini, tidak inginkah kau menikmati rasa ketenangan yang sebenar? Rasa di mana kau dekat denganNya, rasa di mana kau tahu hala tuju hidup kau dan kau ingin menggapainya? Tidak ingin kah kau?
Membuat keputusan bukanlah satu perkara yang mudah, at least, bagi aku. Aku sedar kelemahan aku adalah itu. Dan kelemahan tersebut digunakan untuk menentang aku. Mencabar aku. Aku menjadi lemah. Menjadi bersalah dan tidak keruan. Sukar untuk dimengertikan dan terlalu sukar untuk diluahkan. Namun, jika sampai waktu itu, aku pasti, seluruh dunia akan terhenti. Dunia aku dan kamu. Doakan kekuatan aku. Doakan aku.
Salam..
No comments:
Post a Comment