Wednesday, December 9, 2015

Barangsiapa sabar beruntunglah ia

Assalamualaikum,

Hai Disember!

Aku kini sedang berada di dalam dilema. Samada ingin meneruskan perjuanganku di firma aku bekerja sekarang atau beralih arah ke firma yang lain, yang lebih menghargai aku dan pengalaman yang aku ada, atau, membuka firma aku sendiri. Gahhhhhh!!! Sukarnya membuat pilihan. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Duit, sudah tentulah. Future clients? Pun juga.. Hmm..

Aku tak gembira berada di sini. Banyak drama. Banyak isu yang menyakitkan hati. Tak elok untuk dipamerkan di sini. Cukuplah aku mengatakan aku tidak gembira berada di sini. Namun, kerja tetap kerja. Ini punca rezeki aku dan keluarga. Aku perlu banyak bersabar. Banyak bertahan dan tetapkan hati. Mungkin ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan pada aku. 

Aku sentiasa berdoa agar Allah tunjukkan jalan pada aku. Tetapkan hati aku dan lapangkan jiwa aku. Aku pendosa juga mengharapkan doaku diterima. Juga mengharapkan keampunanNya. Permudahkanlah segala urusanku ya Allah. Bukakanlah pintu rezeki keluargaku ya Allah. Hanya dengan limpah dan rahmatMu aku tetap kuat dan tabah mengharungi segala dugaan ini. Jika tidak kerana kekuatan ini, sudah pasti perjalananku sudah lama terhenti. Menemui jalan mati. 


No comments:

Post a Comment