Orang memang suka membuat konklusi hanya berdasarkan kepada gambar. "Wah, sedapnya dia makan, mesti orang kaya gila", "ish kereta dia besaq nyaaa, mesti gaji berpuluh puluh ribu", "wah, kerja loyar, gaji mesti sedap", "happynya nampak dia dengan semua orang dalam gambaq, tak pernah nampak tak happy, bahagianya dia ye dakkkk", blablabla.
Biasalah manusia kan. Mereka hanya boleh mengagak, membuat kesimpulan tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menghukum jika gambar-gambar tersebut mempamerkan pelbagai jenis reaksi dan aksi dan metamorphosis. ha hamek kau.
Tapi hakikatnya, tiada seorang pun yang tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kehidupan kau sehari-hari. Reality sucks! Eh tetiba.. Nak marah pun tak boleh, sebab siapa suruh kau upload gambar kat alam maya ni? Orang lain punya suka lah nak fikir apa pun kan.. So, why bother, why bother? -,-
Tak kisahlah apa orang nak fikir kan.. Cuma, kadang-kadang rasa geram ja bila orang yang sebok dok fikir tu, datang kat kita dan luahkan apa yang dia fikir. Macam, "kau pehal main cakap je. Diam-diam sudah". Haa. Macam tu. Kalau kau nak judge orang, kau judge kau sorang je. Jangan ar pi kat dia pastu dok cakap macam-macam. Kena siku satg baru hang tau. Geram!

No comments:
Post a Comment