Wednesday, November 15, 2017

Bukan.


Assalamualaikum,

Dalam pada dia menyaksikan kekecewaan dan kesengsaraan sekeping hati seorang manusia yang lain, kegilaan manusia tentang hidup, cinta, curiga, ghairah dan nafsu, dia terlupa bahawa dia adalah punca. 

Bukan, 

Bukan terlupa, tapi tidak peduli. Tiada rasa sangsi. Tiada rasa menyakiti. 

....apa yang dia rasa, hanya ingin disayangi.

Adakah dia pentingkan dirinya sendiri? Atau dia terlalu naif, cuba menutup mata hati untuk menyedari bahawa semua ini hanya fantasi? 

Apa yang hanya fantasi?

..... impiannya.... 

Kegilaannya untuk mengecapi nikmat bahagia...

Kebutuhannya pada si dia..

Kesanggupannya untuk merasai detik-detik indah, bayangan syurga dengan si dia... 

Syurga yang sering dibayangi... nikmatnya hanya dapat dikecapi, bukan di sini...

Bukan di dunia ini... 

Bukan dalam hidup ini... 

Bukan juga... Jikapun ada, jikapun dia layak, di sana nanti... 

Syurga yang sering dibayangi itu, tempatnya, bayangannya, keindahannya... Cuma dalam mimpi...

....

Entah apa yang dia rasa kini...

Entah apa yang dia inginkan kini...

Entah apa...

Entah apa yang bakal terjadi...

Telah dia hadapi pelbagai sandiwara manusia-manusia durjana, hingga dia makin jauh.. Makin jauh dari realiti.. Jauh dia merentasi tapak-tapak berduri yang bisa merekahkan tanah bumi, bisa juga menggegarkan setiap inci tubuh bumi...  Hingga dia terlupa, setiap titisan merah yang menyelaputi kulitnya, tidak lagi terasakan.. Tidak lagi menjadi satu paranoia... Atau ilusi, di setiap kaca mindanya...

Bleghhh!! Betapa dahsyatnya dunia ini melayannya... 

....

Lucu,

Ironinya sebuah kehidupan...

Percaya kepada penipuan,

Ragu kepada kejujuran,

Benci kepada nikmatnya dugaan...

Hanya kerna apa?

Kerna apa???

Kau sendiri punya jawapan..


Dan ini... Kau tolong aku jawabkan... 



1 comment:

  1. Dia yang "tiada" ~~~December 1, 2017 at 12:27 AM

    Bukan - bermula pada penafian ...

    Sakura, kehidupan sebenar adalah dengan mengHADAPI yang HAKIKAT dengan TABAH, YAKIN dan REDHA ...

    Tiada gunanya dan tiada juga penyelesaiannya untuk HUKUM DIRI sendiri, melalui rasa bersalah sedangkan yang disalahi, jikapun ada yang disalahi, TIDAK PERNAH pun menyalahi Sakura ...

    Yakinilah bahawa jiwa yang suqun adalah jiwa yang meREDHAi kesilapan diri yang lalu sebagai dugaan dan ujian yang Maha Berkuasa ke atas dirinya ...

    Sakura ku, kembalilah dengan SUQUN ...

    Ke alam penuh kejayaan ... kebahagiaan ... keindahan ...
    Di haruman laman Sakura yang REDHA ...

    ReplyDelete