Pernah tak, bila kau cuba pejam mata, kau rasa tegang.. Bingit di telinga.. Sampai kau rasa sakit yang amat? Kau tidur, tapi otak kau tak mahu berhenti daripada berfikir.. Tak mahu berhenti daripada menangis.. Tapi kau pejam mata. Kau rasa kau mimpi, tapi sebenarnya tak. Fikiran kau 'struggle' untuk mengingati apa yang telah terjadi. Walaupun kau kata "STOP!" "CUKUP!" "AKU NAK TIDUR!!" Namun tetap gagal.
Akhirnya, kau bangun dalam keadaan yang tidak waras. Terhuyung hayang. Badan sakit, kepala pening.. Kau rasa mata kau seperti berat sangat. Pedih walaupun telah digonyoh berkali-kali.
Kemudian, dengan langkah yang longlai kau gagahkan juga ke dapur. Kau rasakan tekak kau kering seperti berminggu tidak dibasahi air. Kau duduk. Termenung.. Dan mula berfikir lagi. Kali ini, dengan soalan yang sama:
"Sampai bila?"
"Sampai bila?"
"Sampai bila?"
Dan perkara yang sama berulang kembali...
No comments:
Post a Comment