Sunday, September 13, 2015

Cuba.

Assalamualaikum,





Dalam hidup ni, tak semua yang kau nak, kau akan atau mesti akan dapat. Kadangkala kau kena usaha lebih daripada orang lain untuk mengecapi kenikmatan kebendaan yang sementara ini. Bukan mudah untuk menjadi senang. Kau usaha banyak mana sekalipun, kalau Allah kata bukan rezeki kau, maka bukan lah. 

Hidup ni banyak percaturan. Setiap yang kau lakukan hari-hari akan dikira di kemudian hari. Takut kan bila hari itu tiba. Mesti masa tu semua orang akan tahu dan nampak apa yang dah kau buat semasa hayat kau. Kalau perkara baik, maka tersenyumlah kau. Tapi, kalau perkara buruk? 

Bagaimana nak elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara buruk? Solat, dah. Puasa, dah. Berdoa, dah. Tapi.. Masih tak dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Susah kan?

Cuba lah. Cuba cari semula di mana kesilapan kau. Kita semua manusia yang kurang berakal. Walau cerdik mana sekalipun kau, pasti ada kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja ataupun tidak. Kau tak sempurna. Tiada yang sempurna melainkan Dia. Jadi, cubalah. Mungkin, kau akan jumpa jawapannya. Kalau bukan sekarang, mungkin satu hari nanti..

No comments:

Post a Comment