Baru-baru ni aku berjumpa semula dengan kawan-kawan lama. Member masa zaman sekolah dulu. Zaman gonjeng bak kata orang. Teringat semula waktu mula-mula aku masuk asrama. Masa tu lepas PMR, aku dapat offer ke Sekolah Teknik di Ipoh. Aku pergi je, walaupun aku kena tinggalkan mama kat kampung. Perasaan aku masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Berat sangat hati nak pergi. Walaupun hanya di Ipoh. Kenapa? Kerana masa tu hidup kami susah sangat. Kais pagi makan pagi. Tapi, aku pun tak tahu kenapa aku boleh keras hati nak berjauhan dengan keluarga. Walhal masa tu, akulah yang jaga adik-adik, tolong mama cari sayur kat hutan, kupas rebung, kemas rumah, dsb. Bayangkan aku kena pergi. Tidur tempat lain, makan dengan orang lain. Mungkin, mungkin sebab aku pernah berjauhan dengan mama dulu, masa aku darjah 6 tak silap. Aku tinggal bersama pak long di Kuantan, dan mama di Gopeng. Hmm.. Itulah detik pertama kali aku mula hidup berdikari. Bersendiri..
So, sambung cerita jumpa member- member lama itu hari, sembang punya sembang, gelak punya gelak. Diorang cakap pada aku yang aku ni hipokrit. Plastik. Hampir tersembur air teh o ais yang aku tengah sedut. What the hell are you talking about? Me? Hypocrite? on what basis???
Bengang juga aku bila orang-orang yang dah lama tak jumpa cakap aku hipokrit. Aku tanya balik, kenapa korang cakap aku hipokrit? Im not. Diorang cakap, sampai bila aku nak kena jaga hati orang lain? Sampai bila aku nak pura-pura ketawa, melawak depan orang. Bukan tu hipokrit ke? Kau bukan macam ni dulu. Kau bukan macam yang kitorang kenal dulu. Kau tak lembik macam ni. Tak biarkan orang pijak-pijak ke kepala kau!
Aku diam. Ya. Ada betulnya apa yang diorang merepek tu. Tapiiiii.. Aku tak setuju bila mereka mengatakan bahawa aku adalah seorang yang hipokrit. No. I am NOT! Ya, aku akan gelak, akan buat lawak bodoh, akan sembang merepek merapu bila bersama kawan-kawan. Aku tak tahu kenapa. Yang aku tahu, bila aku berada bersama orang-orang yang aku jarang jumpa dan orang-orang yang tak tahu masalah sebenar aku, aku rasa happy. Masa tu aku boleh lupakan apa sahaja yang ada dalam benak fikiran aku, walaupun hanya untuk seketika. That is not, to me, Hypocrite!
Korang boleh cakap apa sahaja mengenai aku. Tapi yang pasti, kau orang tidak tahu perjalanan hidup aku sehingga membawa aku ke sini. Sehingga menjadikan diri aku seperti ini sekarang. Aku tak salahkan sesiapa atas apa yang telah aku lalui. Itu adalah takdir aku. Aku yang mencorakkan hidup aku sendiri. Bagaimana aku nak jadi, apa yang aku nak jadi, dan macamana aku nak hidup, itu semua pilihan sendiri. Aku pun tak tahu apa yang korang lalui, so, aku tak berhak nak beranggapan yang bukan-bukan mengenai korang. Jauh sekali untuk aku menghukum kau orang dengan mengatakan bahawa kau orang adalah manusia hipokrit.
Dulu.. Ya, aku mengaku masa zaman sekolah dulu, aku kasar. Aku tak suka dibuli dan aku akan melawan bila ditindas. Tapi, itu dulu. Jangan sama kan keadaan dulu dengan sekarang. Aku juga mempunyai alasan kenapa sekarang aku lembut, tak melawan, tak bercakap bila ditindas dan biarkan diri dipijak-pijak. I have my own reasons. Please.
Tolong jangan hukum aku sekarang. Cukuplah atas apa yang telah aku lalui. Cukuplah. Aku hanya perlukan sokongan dan kata-kata semangat dari orang-orang yang aku sayang sahaja sekarang. Itu sahaja. Please...

No comments:
Post a Comment