Wednesday, June 3, 2015

Kifarah

Assalamualaikum...


Balasan Tuhan tu ada pelbagai cara.. Pelbagai rupa.. Ada yang kita boleh nampak, ada yang tidak. Macamana kita nak tahu? Instinct. Bila hati kau rasa, 'mungkin ini lah balasan Tuhan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan dahulu'. 

Dulu, kau seronok mainkan perasaan orang, kau kata sayang, cinta.. Tapi hakikatnya? Penuh muslihat. 

Dulu, kau kata, 'ala, baik aku tinggalkan saja dia. Bukan dia boleh buat aku bahagia pun. Tu, ada sorang lagi tengah terhegeh-hegeh kat aku. Ajak aku kahwin. Tengok macam kaya je. Baik aku pergi kat dia'. Bukan main nafsu kau menggila.

Dulu, kau bercinta dengan si dia. Kau bermain kata cinta dengan orang lain. Kau menipu sana, menipu sini. Bila kantoi, kau gelabah. Kau 'create' sebanyak mana alasan, kau berlakon mengalahkan Emma Maembong, kau menangis kononnya kau lah mangsa godaan orang lain. Gila. 

Sekarang,

Bila kau dah mula sedar. Ya, kau berubah. Cuba untuk istiqomah. Tetapi.. Kau lupa. Kifarah. Kau ingat, bila kau dah berubah, kau akan kecapi kebahagiaan yang tiada berpenghujung. Kau lupa kesakitan orang lain akibat perbuatan kau dulu. Semua tu tidak semudah dan secantik yang kau gambarkan..

Sayang..

Walau sekuat mana pun kau cuba untuk melupakan segala kenangan hitam masa lalu kau, semakin kerap kenangan tu datang dalam minda kau. Ia akan terus dan sentiasa menghantui hidup kau, walau di mana kau berada dan dengan siapa kau bersama.

Dan kini, 

Baru kau mengerti. Segala apa yang kau lakukan seperti tidak bermakna. Kau rasa kosong. Kau rasa sunyi.. Kau rasa terpinggir. Kurang perhatian. Kurang kasih sayang. Kau menangis melihatkan bagaimana orang di sekeliling melayan kau. Kau rasa tidak dihargai. Kau rasa tidak bahagia dengan apa yang kau ada sekarang.. Kau kini tidak ubah seperti manusia yang hilang arah. 

Sehinggakan,

Kau berkata pada Tuhan,

Mungkin inilah balasan untuk aku. Mungkin rezeki untuk aku kecapi nikmat kebahagian di dunia ini tiada.. Bukan rezeki aku. Bukan hak aku. 

1 comment:

  1. Ilyanie khuszairy..besabar la..mgkin yanie da mslh yg sgt besar skg tp trust me jgn cpt pts asa.Allah menduga kmu syg sbb Allah syg kmu..dugaan ni buat yanie makin kuat nt.percya la nt yanie akn rasa hkmah di sblik suma ni..n wel bila wa bca apa yanie tulis inded sgt touched! N wat hapen to u now sgt2 wa fhm..trust me yanie kna pcya dugaan ni Allah bg dgn hkmah..cuma bila yanie ingt bnda2 yg xseptotnya yanie zikirlah tngkn jiwa..insyAllah membntu even sgt2 susa nk hilgkn ingatn tu.

    ReplyDelete