Thursday, October 31, 2019

Fakyu



Assalamualaikum,

Aku tahu aku terlalu banyak berfikir.
Terkadang apa yang difikirkan itu belum tentu kebenarannya.
Ah, sukahati akulah. Boleh ke nak halang otak daripada berfikir apa yang dia nak fikir? 

Aku tahu aku tak boleh berterusan begini.
Hati aku ni.
Kenapa macam ni.

Aku tahu dah tak ada tempat aku di mana-mana.
Aku tahu pandangan semua dah tak seindah kata-kata.
Aku buntu,
Semuanya sulit bagi aku.

Aku tahu aku tak boleh mengharap.
Sedar diri, bertahun sudah aku begini.
Aku rasa nak mencarut.

"Fakyu". 

Pernah ada



Assalamualaikum,

Pernah ada di suatu ketika aku bersama kesulitan
Pernah ada di suatu ketika aku bersama khayalan
Pernah ada di suatu ketika aku bersama kesempatan
Pernah ada,
Di suatu ketika...
Aku bersama kebahagiaan...

Pernah ada di suatu ketika semuanya indah belaka
Pernah ada di suatu ketika semuanya pasti jua
Pernah ada di suatu ketika semuanya belaian jiwa
Pernah ada,
Di suatu ketika...
Semuanya cinta yang bermakna...

Pernah ada di suatu ketika ruang yang tidak punya penghujungnya
Pernah ada di suatu ketika ruang yang hanya dimiliki berdua
Pernah ada di suatu ketika ruang yang memenuhi kekosongan jiwa
Pernah ada,
Di suatu ketika...
Ruang yang penuh dengan cinta sempurna....

Pernah ada di suatu ketika aku melihat keikhlasan
Pernah ada di suatu ketika aku melihat kebaikan
Pernah ada di suatu ketika aku melihat masa hadapan
Pernah ada,
Di suatu ketika...
Aku melihat betapa sucinya cinta dalam dakapan...

Pernah ada...



Monday, September 10, 2018

Assalamualaikum







Adakah aku mampu bertahan untuk kesekian kalinya? 

Atau,

Adakah aku akan tersungkur lagi? 



Rinduku pada kotak putih


Assalamualaikum,




Saat ini, aku amat merindukan kotak putih itu...
Aku amat memerlukannya, lebih daripada segala yang ada di dunia ini...
Segala apa yang membuku di benakku ini akan terhapus dengan sendirinya jika kotak putih itu ada bersamaku...
Segala kesedihan dan keperitan yang aku rasai ini akan pulih dengan sendirinya jika kotak putih itu ada di depan mataku...
Aku tidak punya teman yang ramai untuk mendengar dan memahami apa yang aku rasa...
Aku tidak salahkan mereka kerana aku seorang yang sukar untuk ditafsirkan...
Hanya kotak putih itu yang bisa mengubatkan aku...
Hanya kotak putih itu yang mendengar dan memahamiku,
Lebih daripada segalanya...

Ya, lebin daripada segalanya...

Aku bagaikan

Assalamualaikum,


Aku bagaikan bermimpi...
Aku bagaikan tidak kenal siapa diriku lagi...
Aku bagaikan sekeping kertas yang penuh dengan contengan...
Aku bagaikan tulisan kasar yang comot, tapi nampak tersusun bila dibaca...
Aku bagaikan pengemis jalanan yang dipandang sayang, dihulur cuma sedikit...

Dan aku,

Bagaikan menanti suatu pengakhiran yang panjang.. tidakku ketahui...

Semua mimpi itu palsu semata...
Semua cerita yang Indah tentang diriku itu, dusta semata...
Semua contengan yang dipaparkan di atas kertas itu, sebenarnya kosong, tiada makna...
Semua tulisan comot itu, amat sukar untuk diteka...
Semua pandangan sayang kepadaku sebagai pengemis itu, cuma bermuka dua...

Dan aku,

Tidak lagi menantikan suatu pengakhiran yang panjang, kerana aku tidak lagi mengharapkan adanya pengakhiran buatku...

Tuesday, April 17, 2018

Cuma sedikit masa lagi.

Assalamualaikum,


Jatuh dan bangun dalam kehidupan tu adalah lumrah. Semua orang pernah merasainya. Begitu juga aku. Hari ini, saat ini, aku boleh katakan yang aku sedang dalam fasa yang sangat menekan. Sangat membingungkan. Sangat menyukarkan. Aku jatuh, tersembam sampai nak bangun pun susah. Ya, Mungkin bunyinya agak kelakar. Tapi aku redha dengan apa yang terjadi. 

Tak semua yang kita inginkan, kita akan dapat. Kita buatlah macamana sekalipun, kalau orang nak buang kita, kita berada di atas puncak sekalipun kita boleh ditolak ke bawah begitu sahaja. Tak kiralah apa alasannya sekalipun.. 

Aku terima keadaan aku sekarang walaupun aku terpaksa melalui hari hari yang menyeksakan.. Perasaan yang menyeksakan. Tapi aku bersyukur kerana masih ada insan-insan yang sentiasa memberi aku semangat, sentiasa memujuk dan sentiasa menasihati aku supaya aku tak terus tersembam dan kekal begitu sepanjang masa. 

Untuk membolehkan kita naik ke puncak, itu memerlukan usaha yang keras, ilmu yang munasabah (sebab aku bukannya genius), dan kebolehan tahan maki yang maksimum. Bila kita di atas, sekali kita jatuh, kita akan sakit yang teramat. Ada sesetengahnya terus "mati". Kalau diikutkan kekuatan fizikal aku, sememangnya aku dah "mati" akibat daripada kesan jatuh tersebut. Tapi, yang membolehkan aku bangkit dan hidup semula adalah sedikit semangat yang aku punya sejak dari dulu. Aku selalu ingat tentang betapa susahnya untuk aku bangkit, untuk aku berada di tahap di mana aku berada sebelumnya. Wajah-wajah kesayangan aku sentiasa menjadi inspirasi untuk aku teruskan kaki ini melangkah dalam dunia yang penuh dengan duri dan ranjau ini. 

Betapa banyaknya peluh dan airmata aku keluarkan. Betapa sakitnya tubuh badan ni selama aku hidup ni semâta-mata untuk mencari sesuap nasi. Aku takkan lupa semua tu. Aku sedar, aku tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Aku ikut kata hati aku bila aku rasa aku perlu membuat sesuatu keputusan. Beberapa keputusan penting yang melibatkan hidup aku, telah aku capai dan akibatnya juga turut aku rasai. Tapi aku bersyukur kerana disaat ini, sekarang ini, masih ada yang sayang.. Masih ada yang peduli.. Masih ada yang memahami.. 

InsyaAllah. Sedikit masa lagi.. Percayalah. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Allah Maha Memberi Rezeki. Percayalah kepada janji Allah. 

Aku takkan pernah lupa apa yang telah manusia manusia itu lakukan kepada aku. Walau apa jua alasan yang diberikan, aku tidak berhak diperlakukan seperti ini. Tapi aku terima. Dan aku redha. Andai ini yang Allah tunjukkan, aku percaya ia adalah petunjuk yang baik untuk aku. 

Sedikit masa lagi. Tak selamanya kita akan sakit. Tak selamanya kita akan merudum. Tak selamanya dunia ini menentang kita. 

Ya, cuma sedikit masa lagi... 

...dan aku akan terus bangun, terus melangkah, dan takkan berpaling lagi... 


Friday, April 13, 2018

Seseorang yang lain

Assalamualaikum,


Aku pernah berada dalam satu dunia yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Dunia yang mana tiada satu orang pun yang faham, jikapun aku mula bercerita. Dalam dunia itu, cuma aku dan seseorang yang lain. 

Mana orang lain? Mereka ada. Mereka adalah watak-watak yang mencorakkan dunia aku. Mereka hadir seorang demi seorang, seperti dalam filem. Ada yang baik, ada yang jahat. Ada juga di antara kedua-duanya. Aku seorang yang sangat kuat berangan. Mungkin apa saja yang tertulis di sini, hanyalah rekaan aku semata-mata. Mungkin juga cerita benar. Aku boleh jadi seorang pencerita yang benar, boleh juga manjadi seorang pereka cerita.. Tujuannya? Saja-saja. 

Seperti watak-watak tadi, aku juga mempunyai watak aku sendiri. Aku boleh dikatakan baik, boleh juga jadi sebaliknya. Malah, aku juga boleh jadi kedua-duanya. Berbalik kepada cerita berangan tadi, bila aku berangan, aku selalu mengharapkan yang aku hidup dalam angın-angan itu. Aku suka setiap kali aku berada di dalam satu dunia yang lain, dunia yang tidak mempunyai sedikitpun rasa sakit. Sakit yang bagaimana? Pelbagai. Lama masa yang aku ambil untuk berada di dalam dunia lain itu. Di sana, aku bebas. Bebas daripada segala kesakitan. Kesakitan lagi. Apa yang sakit sangat bila berada di dunia yang nyata? 

Tak faham dan tak dapat mengagak, kan? Hidup ni, ada dua keadaan. Sama dengan watak. Kadang-kadang, kau jadi baik, kadang-kadang kau jadi jahat. Bilamana kau rasa kau nak jadi baik, kau jadi baik. Bilamana kau rasa kau nak jadi jahat, kau jadi jahat. Kau pilih apa yang kau nak jadi. Sama macam aku. Kau rasa watak apa yang aku pilih? 

Aku pilih untuk jadi watak jahat. Dalam dunia yang aku hidup dengan seseorang yang lain itu, aku pilih watak jahat. Kenapa? Entah. Aku tak pasti kenapa. Apa yang aku tahu, watak baik tidak wujud. Kalaupun wujud, bukan untuk aku. Atau untuk seseorang yang lain itu. 

Jadi, apa kaitannya dengan dunia yang lain, dunia berangan, dan seseorang yang lain itu?

Semuanya mempunyai kaitan. Seperti sebuah keluarga. Asal usul datuk nenek moyang kau dulu-dulu pun, walaupun kau tak pernah kenal, tak pernah jumpa, malah tak pernah tahupun kewujudannya, tapi masih saling berkaitan antara satu sama lain. Jadi, apa yang jadi dengan watak-watak di dalam dunia yang satu lagi itu? 

Semua mati. Aku mati, seseorang yang lain itu mati, watak-watak lain juga mati. Dunia itu jadi hancur. 

Tak faham, kan? 

Tak perlu faham. Dunia yang aku katakan itu, cuma aku saja yang tahu apa isi alamnya. Samada ia dunia realiti atau fantasi, aku yang tentukan. Kenapa semua orang mati? 

Semua mati kerana aku rasa aku perlu akhiri cerita itu. aku perlu tamatkan dan padamkan semua watak di dalamnya. Semua dah tak penting. Berangan pun. Tiada apa yang perlu untuk aku angankan lagi. Kerana di penghujung cerita itu, seseorang yang lain itu, bukan lagi seperti yang aku kenal dan bukan lagi mengikut apa yang aku mahukan dalam cerita itu. Jadi aku matikan dia.